Wednesday, December 29, 2010

bukan cerita tahun baru tapi bukan rancangan masa depan(kata sambungan yang tak tepat bukan?hehe)

huih,lama tak update blog.oh tidak,aku tak pernah lupakan kamu blogy.aku salu jugak bukak tapi tak tau mau bilang apa apa jadi aku tenung je blog aku sampai aku bosan atau rasa puas.baru aku tahu blog juga mampu klimaks kan kepuasan seksual.ye,sudah jauh merepek.

semua orang buat review tahun 2010 dan ada yang dah planning untuk tahun 2011.meleretkan kisah 2010 yang penuh dengan ONG atau celaka atau mengharapkan 2011 penuh dengan kejayaan.semua orang mahu semua itu kan.terbaca dari salah satu blog yang aku sangat sangat setuju.tidak perlu menyimpan azam setiap saban tahun sebenarnya,masa untuk berubah ialah sekarang.bukan tahun baru atau niat sebelum tahun baru.tidak kira tengah tahun ke atau bila bila yang terbaiknya ialah sekarang.

kesimpulan beliau dah menjatuhkan nilai nafsu aku untuk bercerita tentang 2011,sebab ada betulnya kata kata beliau.tapi beliau takde la sampai nak terajang kepala kau kalau kau nak cite jugak.takde masalah.

setiap orang cuma ingin lebih baik dari masa sebelum.ukuran nilai kebaikan atau keburukan bukan boleh kira pakai point atau mata ganjaran.jadi kita sendiri tak tau setakat mana kita berubah.kalau nak jadi baik,baik yang macam mana kau mahu?sekarang tidak cukup baik?tepuk dada mesti sakit.tanya hati sudah!

sempena tahun 2011 ini,aku niat nak habiskan belajar.walau payah macam mana sekalipun dan walau seperit mana sekalipun keadaan yang aku lalui.sebab tu lah satu satu nya benda yang buat aku rasa sesak nafas hari hari.aku akan grad jugak satu hari nanti.insyaAllah amiin...

4 comments:

Anonymous said...

gud luck karatz!
doa gua mengiringi di setiap langkah pengorbanan lu.. insyaAllah..

pape pn, tgk match mesia mlm ni.. hilangkan tensi dgn menggumbirakan hati yg tgh bercelana, utk seketika...

komen gua penuh sifat ke-ibu-mertua-an kan?

karatz said...

terima kasih gua ucapkan.amiin jugak utk gua sndiri.
gu dah tgk,msia layak kalah di indon.sbb main tak konsisten.tp tahniah jugak sbb hebat di tempat sdiri.biasa r dah menang.

nampaknya lu lah bakal mak mentua gua.oh,panjangnya komen gua.mcm buat entry baru..

kucing gemok said...

gud luck der. apa pon yg ko wat, aku akan sokong lu dari belakang.

vidadarisakura said...

ok selamat tahun 2011. haha