Tuesday, November 16, 2010

keluhan hati gua yang gua kumpul 3 hari

gua jarang on secara langsung waktu maghrib.tapi hari ni mahgrib gua pendek je.surah pendek dan doa yang pendek.selalu gua bertahmid bertasbih segala sampai ke isyak.gua rindu umi gua,bapak gua dan adik beradik gua.malam nanti gua cadang nak kol umi gua.gua nak ucap selamat hari raya korban dengan penuh syahdu dan tangisan esak esak palsu seperti gua selalu buat tiap tiap tahun.sekarang pon gua dah amek feeling slow slow.

dua hari ni gua keje kat kastam kelana jaya.suka hati gua je nak keje dua hari.gua pasang pc baru ganti terus pc lama yang orang kastam pakai selama 10 tahun lebih.tak sangka gua dalam zaman millenium macam ni pon ada lagi yang pakai window 98/ME dengan cpu cap kepala kerbau yang super slow dan tak canggih serta pakai disket.macam mana la depa buat keje dengan serba daif macam tu.nasib baik gua ada.gua lah yang memperkenal kan apa itu pendrive dan window 7 pro kepada mereka.bertepuk tangan dan menangis kegembiraan mereka bila gua sentuh pasal isu antivirus dan cara nak save data dalam external hard disk.belum lagi gua masuk bab godam pc atau download porno.ah,tanak ah gua sebarkan dosa macam tu.

walaupun banyak masalah seperti halangan uncle uncle kastam yang risau data dalam pc nya hilang akibat tukar skrin baru gua setel secara berbincang di bilik mesyuarat.gua explain kepada mereka bahawa dengan menukar skrin pc walaupun skrin itu berbentuk bulat atau tiga segi sekalipun data data tidak akan hilang wahai pakcik.ia kekal dalam cpu pakcik hingga akhir zaman.kecuali pakcik menerajang cpu itu akibat tekanan emosi kerana datang kerja pukul 8 hingga 5 hari hari cuma bersiar siar di sekitar jabatan dan meraikan kepulangan pasangan suami isteri baru berkahwin masuk keje balik.gua pon dah apply keje situ dengan SPA.harap harap pakcik pakcik cam muka gua dan terus amek gua keje bersama sama untuk berhibur dan bersukaria hari hari.gua dah letih dengan mainan dunia bisnes.

segala penat lelah gua beramal di siang hari gua terjemahkan dalam bentuk tidur yang lena sepanjang malam selama 12 jam berturut turut.itu bermakna gua dah tapau solat asar maghrib dan isyak sekaligus dalam kategori terlepas pandang atau tak sengaja.gua dah berdosa.tapi hari ni gua dah insaf dan tidak buat lagi.

semakin hari gua rasa semakin bersemangat menghadapi hidup.ini kerana gua ada dengar dengar upah dua hari kerja gua bakal di bayar secepat mungkin.tak sabar gua nak hidup untuk hari hari seterusnya.job gua pon makin banyak sekarang ni.alhamdulillah.syukur gua kepada Tuhan yang memberi rezki.



leg note : gua perasan 2 3 entry sebelum tiada leg note.yang ni gua letak!


2 comments:

JelinaJoli said...

hahahhahah! kata rampas cpu juta2. takkan cpu opis masih pakai yg berdisket?? bila mesia mau maju??

karatz said...

sumpah nok.gua tak tipu.hahaha.da la tu.kesian dorang.gua dah gelak kaw kaw 1st time gua tenung skrin pc dorang.