Friday, November 19, 2010

Sekuel raya haji

PAGI

1st time aku rasa benci duduk putrajaya.harap nama je gah kemain.harap view je lawo tak ingat.tapi hari raya korban takde satu pun kedai makan yang bukak.waima mamak yang top sekalipon.sungguh bodoh sekali beraya di putrajaya.memandangkan kawan kawan semua balik kampong dan tiada sedara mara disana.padan la muka aku dan kawan kawan.

8.30 pagi sudah siap solat raya dua rakaat di Masjid Besi.niat di hati nak dengar khutbah yang sekali setahun itu.tapi bila mat foreigner yang seramai ramai bekumpol dan buat port macam umah dorang sambil bising bising buat kami sakit telinga.langsung tak dengar khutbah.depa takpela sebab depa buta base melayu kan.buat apa depa nak layan khutbah orang melayu yang baca.jadi membising lah depa.bodoh betul,tak tau ke itu masjid?Daripada dengar bahasa asing yang lagi kuat dari khutbah,baik blah.maka bermula lah cari makan di sekitar putrajaya.naik sebu usus perut duduk dalam kete dekat sejam round dari presint ke presint macam haram takde kedai yang bukak.

Last last tepaksa balik ke serdang cari kedai mamak kat sana.maulana pon tutup jugak.bodohla pepagi ni tak makan apa lagi.perut masuk angin.nak tak nak kfc je jodohnya.tu pun dah ramai anak anak melayu yang mak bapak jauh macam kami tengah tunggu kfc bukak.Tak sempat tunggu lama ade member kol bagitau kedai mamak azwath kat flat bosnia je beroperasi.terus bawak kete selaju mungkin biar cepat sampai.syukur kami kekenyangan akhirnya.

TENGAH HARI

Pegi tempat semelih lembu dengan lan.tolong tolong buat apa yang patut.ingat nak bawak kamera tapi takut kena darah lembu ke rosak la kamera aku.15 ekor lembu 3 jam dah siap semelih lapah potong tulang dan packing.gila laju dorang buat keje.aku pun.tangan dah penuh darah kering. nampak jugak la aku buat keje.haha

Jam 3 dah habis agih agih sume.dapat la aku sekilo tulang sekilo daging.dan 2 ketul ekor lembu untuk buat sup.dalam berebut rebut dapat jugak aku rembat.sup ekor lembu baik untuk sistem kejantanan.

PETANG

Jam 5 dah siap siap mandi syampu badan dan gerak pegi gombak dengan iqbal.pegi rumah Ain Asyira junior aku masa kat bintulu dulu.makan sup dan otak otak goreng sampai buncit perot.balik kolej da dekat jam 11 malam naik bilik iqbal terus aku tido.ngantuk gila babi.

Leg note : boleh tahan lah!

2 comments: