Monday, November 15, 2010

ini entry bosan-bibit hujan yang dulu

dulu bila hujan.perasaan itulah yang datang.menjerut setiap nadiku hingga lemah longlai.saat harummu menusuk bersatu dengan nafasku,saat kau memaling dan ingin ku cium pipi mu.kau geleng tanda tidak mahu.sweet!

dulu bila hujan,kau selingkuh tanganku di bahu mu.menggigil kesejukan dan kebasahan luar dan dalam.saat itu aku peluk tubuhmu.menghalau kesejukan dari terus bersarang.menjauh kegigilan yang kau tunjukkan.saat itu aku girang.sweet!

dulu bila hujan,kau payungi aku dari airnya.melangkah bersama melarikan diri,agar tidak terkurung dalam kitaran semburan awan tanpa henti.saat itu kita bahagia.bahagia kerana kita berdua merasai saat itu adalah bahagia.sweet!

sekarang bila hujan,aku sengaja meredah ke dalamnya.kerana aku masih percayakan kebahagiaan.biarpun aku tau aku akan kebasahan.kerana kau sentiasa ada dalam kebahagiaan.bukan dalam hujan.

sekarang bila hujan.aku memeluk sendirian bila kesejukan.dan bertemu angin kencang.kerana kepanasan akan menghalang ingatanku untuk terus menggigil bersamamu.

sekarang bila hujan.kebahagiaan itu jarang datang.jarang kerana kau menghilang.menggigil dan kesejukan bersama orang lain.dan aku masih ingin mencari kebahagiaan.walaupun dari kesejukan yang keseorangan.

3 comments:

kucing gemok said...

kadang kala kebahagiaan tu datang kejap je kan.. die jenguk kita, pastu blah mcm tu je... tapi dalam masa yang sekejap tu, kehangatannya bole rasa sampai bila2... mata gua dah merah. chow.

JelinaJoli said...

wey selingkuh tu curang la! Gilak lah. curang di kehujanan

karatz said...

kucing buncit-aah,sebab tu laki kena romen terus.da romen tinggal lah.baru jantan.tapi mausk neraka la nti.

jelina-gua gugel dewan bahasa selingkuh tu lain la.lu jangan cari pasal.penat gua pikir.