Friday, November 18, 2011

upsr di satu masa dulu

dengan berbekalkan teh o panas dan nasik belauk feveret,gua layan astro awani pagi pagi lagi.tadi ape pasal mata gua takleh nak lelap lepas subuh pergi ke tengah hari macam biasa pon gua tak tahu.gua terus fokus kepada tv.kalau tengok tv tak fokus baik pergi dengar radio sambil cium bau kuku.lagi berfaedah gua rasa.


gua perati betul betul.berita tu tunjuk budak sekolah menangis ramai ramai.ada yang teriak.ada yang takleh nak cakap pape.sebak.ada yang rilek je tapi mak bapak plak yang lebih lebih.yang pasti berita tersebut membuatkan jiwa darjah 6 gua kembali meronta.


sedara mara gua kebanyakan nya adalah kaki buku sekolah dan kaki lawan sape paling bijak.dan gua tidak berada dalam kedua dua kaki itu.kaki gua ialah kaki guli.kaki jerat burung dan kaki pukul ikan haruan dalam sawah.dan sehari gua tak main guli sama macam orang baligh yang dah kawen tapi meninggalkan aktiviti senggamanya.


masa result UPSR gua diumumkan,gua awal awal lagi dah ada kat sekolah sekali dengan bapak gua.bapak gua menunjukkan reaksi agak tidak hensem semasa melihat huruf A ada sekor je dalam slip peksa gua.lain sume B.masa tu belum wujud lagi ayat''senyum..tak perlu kata apa-apa..''dan gua sangat teruja bapak gua bagi gua 5 ringgit kerana dapat 1 A.balik rumah mak gua up lagi 5 ringgit.gua bersyukur tak dapat 4 A sebab nak skor sekor pon payah nak mati,inikan pulak 4 ekor.balik je dari sekolah gua terus packing baju selai dua naik bas balik kampung.gua dah janji dengan awak-awak kat sana nak bantai ikan sawah melintas atas jalan bendang malam malam.orang sini panggil 'menyuluh'.


beza antara shahrul azwari dan fakri saarani adalah shahrul azwari diberi peluang beberapa kali sahaja dalam skuad kebangsaan dan dia berjaya membuktikan yang beliau memang kaki rembat gol.dan fakri pula sudah beberapa puluh kali diberi peluang tetapi masih bangang seperti biasa.


Ultras Malaya, ekor Harimau
Malaya
Ultras Malaya, ekor Harimau
Malaya
Kami turun ke kedai pendi
Satu jiwa sokong Malaysia
Indon durjana!dibunuh saja..



4 comments:

Waqheh said...

gua kalo jumpa fakri kot wakaf che yeh memang gua bagi penerajang..dan dia jgn tanya gua kenapa..

Hantu Kak Limah said...

adekah lu nk bagi tau kalu lu boleh amik UPSR lg ,lu senasib macam shahrul azwari ,x pun lu nk bagitau yg lu mmng x der harapan dn still bangang mcm fakri saarani ...keh..keh..keh.....:)

Hantu Kak Limah said...

tapi yg jelas lg nyata.....
tuah ayam nampak dikaki..
tuah fakri pun nampak dikaki..
keh...keh...keh.....
biar jd bangang jangan jadi tongong.........
gua cam terover nk komen .....huhu

karatz said...

waqheh-tolong doakan gua jgn jumpa fakri selepas ni dimana mana saja.gua nak elakkan pertumpahan darah..


kak limah-gua mmg takkan jadi pemain bolasepak walau sehebat dan seburuk mana pun upsr gua.tuah fakri mmg nampak di kaki.sebab tu sepak penalti tak gol pon msia still boleh menang...