Thursday, April 7, 2011

cerita petang petang

dari minggu lepas gua dah nekad.petang petang gua nak turun outing.biarlah gua solo menyolo pegi tembak gambar.masa kat kl gua ada lagi kutu kutu join.sekarang gua dah kembali ke status kapten solo-mon.sejak gua balik bermastautin kat kampung gua cuma keluar lepak tengah malam je dengan budak budak kampung gua.gua bukan rapat sangat dengan depa.ada 2,3 orang je yang salu lepak ngan gua.yang lain budak bawah umor lagi.sunat pun belum.malu lah gua nak join depa.

tadi petang,setelah 4 hari negeri makmur gua tak kena hujan.langit nampak cantik kebiruan.awan nampak indah bertompok tompok.gua start motor ikut jalan kampung menuju ke pantai.pantai yang paling dekat dengan kampung gua ialah Pantai Sabak.port feveret gua masa kecik kecik dulu.bapak gua salu bawak gua jenjalan kat sini(kencing).ada la 15 minit dari umah gua.tak jauh pun.

dah 7 tahun lebih sejak gua pegi belajar oversi(konon)gua dah tak datang sini.sebab pantai sini tak cantik.tak macam dulu dulu.tapi gua dah gian bagai.gua nak pegi PCB jauh.Pantai Sri Tujuh lagi la.dah dekat ngan Ta'bai,baik gua masuk Siam terus alang alang.

gua tak sangka.gua ingat nak duduk tepi laut amek gambar budak kecik mandi.candid gambar gadis anak laut merenjis renjis air pakai bikini.satu hapah pantai pun takde.sepanjang tebing batu besar je gua nampak.start dari kampung badang sampai ke menara api kampung pulau panjang.ade la dalam 5 kilo gua usha.gila hape pantai macam ni.fedap gua.masa balik gua lencong ke kampung kemumin.balik ikut sana dekat skit.gua nampak dari tepi jalan ada ladang kuda.ada mat mat kuda(bukan mat dadah)tengah main polo.gua berenti kuar kamera duduk situ sampai dekat nak maghrib.hilang jugak sket frust gua.haih!






leg note : gua tengah tunggu geng kukubesi datang kota bharu.tak sabar gua nak menggedik!

6 comments:

Pistachio said...

geng kukubesi? gua ada geng taring panjang..

roaarr..!


eerr... ni catatan diari jejaka terlampau ke hape? keh keh keh!

Sutera_suci said...

Sume pantai terhakis..sebab tu la pakai pemecah ombak

Chewahh, bila ayat konstraksen campur sastera..jadilah pemecah ombak..ekeke

karatz said...

pist-geng taring panjang?gua penah jumpa sekor tengah malam kat utan temerloh.kwn lu ke.

sutera-hahaha.besepah ayat lu.papepun,pantai yg ade pemecah ombak sgt hodoh.

kucing gemok said...

port dickson jom.... lama x bakar kambing......

karatz said...

kucing-hahaha.xde dekat lagi ke.bali ke?siot.

kucing gemok said...

haha. ada. ada. kat taiwan bule?