Sunday, December 12, 2010

resume tiptop untuk pasaran masa depan!

nanti aku dah abis belaja mesti nak keje nak kawen dapat anak kumpul harta ape sume.jadi sudah belajar macam mana mahu buat resume yang lengkap untuk dua dua tujuan.keje dan kawen.aku agak agak kompem lepas punya.



BIODATA

mempunyai sosok tubuh yang montok dan menarik.one pack dan dua dada yang bidang.

janggut yang serabut dikala malas dan bertrim dikala rajin.

sedikit tahi lalat di muka untuk nampak manis.

sedikit jerawat untuk kaver usia tua.

bibir yang mungil dan agak seksi untuk bakal isteri(mmmmuahh untuk U)

mempunyai suara karaoke yang sedap dan boleh diubah untuk pembelajaran muqaddam anak anak(anak ramai)

rambut yang agak kuat luruh dan boleh diubati jika calon isteri terlalu kaya dan tidak kedekut.

TAHAP PENDIDIKAN/KOKURI KULOM

sijil tadika/upsr/pmru/pmr/smu/spm/diploma/degree(belum pasti)

pemain bola sepak super-sub sekolah rendah

pemain bola tampar wakil negeri

pemain guli profesional dan gelek para sepenuh masa(tiada sijil)

selalu watak perompak dalam permainan polis entri (tiada sijil)

penerjun aktif jambatan kampung salor dalam acara mandi sungai.



PENGALAMAN

pernah jatuh basikal masa darjah satu kerana berlagak willy di depan rakan rakan.mendapat faedah luka dan demam.

pernah menjadi peserta dalam aktiviti mencuri karipap dan nasi lemak anjuran pengawas pengawas keji sekolah rendah.

pernah dihina dan dicaci oleh rakan sekelas dan menangis kerana kalah di dalam pertandingan bodoh anjuran sekolah.

berjaya mendapatkan cinta hati sampai mati yang super cantik dan gojes dikala kumbang kumbang lain ternganga dan meleleh air liur kerana frust di rijek.

sangat setia walaupun sudah clash dan masih menunggu nya yang sekarang tak tahu dah kawen ke belum.dengar kata dah betunang.wallahua'lam.


sila call/mesej untuk calon menantu!

2 comments:

Anonymous said...

gua plan nk jadikn lu menantu.. hape nama tadi.. kerak?

karatz said...

lu ade anak gadis sunti?
oh bapak!!