Tuesday, August 24, 2010

hari ini

apa yang aku mahu tulis.sendiri tak pasti.sebenarnya sudah 3 kali aku log out dan log in.mula mula mahu tulis sesuatu.kemudian tak jadi.dan tiba tiba seperti ada idea dan mahu tulis lagi.tiba tiba idea jadi jahanam dan blur tak tau nak tulis apa.sial.

jadi aku tulis sahaja.haha.gila hebat kan?

1.ada kawan aku masuk bilik waktu tengah hari tadi dan beli air tin dan juga rokok.aku buat tak tahu saja.biarkan(ini bulan puasa)

2.aku tidur dari jam 8.30 malam semalam.bangun jam 4 petang dan mandi dan tidur lagi sampai berbuka.

3.hari ni meniaga di uptown paling bosan.kiri kanan kedai member tutup dan terpaksa angkat baju raya dalam kuantiti lebih banyak dari biasa.sebab barang sudah di topup.gila berat!

4.menu berbuka tadi ialah ketam masak lemak cili api.sesudu dah buat aku tersedak.babi pedas.tapi sangat best.

5.adek aku kol dan suruh aku cari baju melayu hitam siap dengan samping.total harga 120.aku bayar.kira selesai hutang lama.kejam gila adek aku.



leg note : lamanya lagi nak sahur.

No comments: