Thursday, June 3, 2010

setiap manusia pasti...Innalillahi wai'nna ilaihi raaji'uun..

semalam aku tido lebey kurang 2.30 pagi.memang lena tanpa sebarang syak wasangka.jam 3 pagi tepon aku bunyi,adik aku kol.atok aku dah takde,baru je meninggalkan dunia.aku tengah mamai,terdiam.aku tatau nak cakap apa.lepas letak tepon aku temenung.

memang arwah dah lama sakit.terlantar atas katil.bangun berdiri pun tak boleh.makan bersuap kencing
bertiub.aku cuba kenang sejarah aku dengan arwah.ye lah,cucu dengan atok takkan tak rapat kan?banyak sangat.

last aku sempat pegang tangan atok 2 minggu lepas masa aku balik kelantan.aku dokong arwah ke tandas.aku picit tangan arwah.aku kipas kipas kalau arwah kata panas.aku tukar tilam tempat arwah berehat.aku sembam kepala syami dan shahrul (anak anak mak ngah) yang nakal bagai kat tempat kencing arwah.dan arwah sendiri ketok kepala pelesit 2 orang tu tang tu jugak.padan muka kamu,haha!

arwah dan nenek suka belajar agama.sejak dari mereka muda lagi.dan aku banyak diperturunkan segala ilmu akhirat dari arwah sendiri.dan hanya aku dan Allah saja yang tau setakat mana bergunanya apa yang aku belajar dari arwah sehingga aku besar panjang begini.aku selalu diingatkan tentang kiamat dan seksa mati dalam kubur.

aku nak packing barang dah..nak gi beli tiket bas lagi..selamat!

No comments: