Sunday, June 20, 2010

ayah Day

tersebut satu lagenda.pahlawan sarjen rashid.beliau berjuang demi banduan banduan di sebuah perkampungan di negara Kulahalla.rata rata banduan takut kan rotan semambu beliau yang sangat sakti.jika mana mana banduan dirasakan bersalah,rotan sakti beliau akan melayang dan membidas bontot bontot mereka.

sarjen rashid seorang yang garang.beliau juga seorang yang sedikit pendiam.beliau amat komited terhadap tugas nya meronda penjara.saban hari beliau akan menyelia banduan banduannya.kecik kepala mereka kalau kena jerkah dek sarjen rashid.aura sarjen rashid sahaja cukup membuatkan mereka histeria dan meracau tak tentu hala.

sekarang sarjen rashid cuma sekadar lagenda.nama beliau sudah tidak disebut sebut lagi di sebalik tembok penjara.malah beliau sudah semakin dilupakan oleh seluruh pelusuk rakyat penjara.beliau sudah bersara selamanya,dan kini tinggal di hujung kampong bersama ahli keluarga tercinta.sambil bermalas malas di atas kerusi empuknya.ditemanbi astro dari pagi hingga pagi esoknya.

setakat ini saja ucapan anakanda untuk ayahanda.semoga Allah melanjutkan umur ayahanda dan menjauhkan dari siksaan api neraka dan dari segala malapetaka.amin..

!SELAMAT HARI BAPA!



dari anakmu,
(pendekar puyu)

No comments: