Sunday, August 9, 2009

aku fikir lojik.tapi kiblatnya ke arah fantasi

ada sebuah mesin.mirip seakan akan mesih basuh pon boleh.suka ati
kau orang.ketinggian ngam ngam aku boleh berdiri sedap.
ade 5 butang kawalan
1 butang boleh bawak aku pegi zaman dulu dulu
1 butang boleh bawak aku pegi zaman hadapan hadapan
1 butang ada segala jenis kelengkapan yang aku nak
1 butang boleh bikin aku jadi muda atau tua ikut zaman aku pegi
1 butang EXIT nak keluar dari mesin tu
butang ENTER takde,aku kena bukak pintu sendiri.pakai tombol



ade sebuah kereta.model kelisa sebagai rujukan.aku minat kelisa
dari luar kecik ketot.masok dalam macam padang bola.tapi aku tak
suka macam padang bola.gila isim sangat rasanya
dok dalam keta macam dok dalam rumah mewah serba bagus
ade Tv,home theater,tab mandi,bilik sauna,meja makan,bilik karaoke
rak kasut,rak baju,rak boxer,rak tali pinggang,rak kaca mata
raksaksa takde.aku bom keta tu kalau ade raksaksa



ade sebuah rumah.18 orang amah.sume lawa nak mampos.finalist ratu
cantik ataupun model terkenal yang orang ramai tak berapa kenal
sume pandai masak.pandai lipat baju.senang citer,tak payah suruh
sehari kerja 16 jam kecuali time tido.kadang kadang tido pon aku
suruh buat keje.keje apa kau tak payahla sibuk nak teka.
aku pergunakan 100% advantage yang ada pada amah aku.mungkin lebih
kau orang jeles?sila cipta fantasi anda sendiri*
ye..ini fantasi


ade isteri yang cantik dan taat.anak anak yang comel dan bijak
lahir je da pandai kira duit syiling.isteri sangat memahami
tengok bulu mata da rasa tenang.kalau tengok satu wajah
aku tak dapat bayangkan seorang kaum hawa yang sah halal
untuk aku setakat tengok je aku mampu.tak...lebih dari itu
ini berlaku selepas aku pecat sume 18 amah yang aku ade.tak guna bela
ramai ramai.sebab aku tak berfantasi aku ada duit yang banyak.kan?



ade sebuah dompet.pelbagai guna.bukak je ade duit riban ribut
tak payah pakai kad kredit.abes je duit dalam dompet ia akan
topup dengan sendiri sebab dompet tersebut ade link dengan
Bank Negara Malaysia.bini aku pon tak tau pasal hal ni
aku takkan bagitau dia sampaila aku masok kubor


aku penah becita cita nak jadi robot
ah sudahlah.penat aku nak pikir plak!!










leg note : siot








2 comments:

~nAbieyLa~ said...

hahaha..lawak la ko nih...tpi xpe...angan2 n fantasi itu bgus kdg2...bagi membangkitkan semangat tuk usaha lebih.ok.chaiyok!

karatz said...

tanpa angan2 sume manusia akan jadi sama.itu sangat bosan..haha
ye lah.bangkitlah oh semangat
*gi puja kubor