Tuesday, December 25, 2012

air dah naik paras kuning,gua terkebil kebil kat sini

gua tengah sarung seluar pendek 3 suku gua. baju hujan gua letak atas bahu. hujan di luar masih lagi lebat dan tiada tanda tanda mahu berhenti. bagus. hujan lebat akan menambahkan lagi ifek dan suasana yang bakal gua hadapi nanti. kalau ada petir ngan kilat lagi kick. masa tu gua tak takut langsung dengan petir. sekarang je kalau gua dengar sekali sekala gua akan melatah dan mengucap terus. pak uda gua lengkap dengan serkap dan pukatnya. bagaikan pahlawan perkasa yang akan berperang dengan askar Jepun, yang berbeza cuma lawannya nanti adalah spesis ikan darat. lagi rare.

''jom'' 

pak uda bersuara. ada sedikit getaran dalam luahan kata katanya. sejuk barangkali. paksu gua memulakan langkah ke arah sawah padi yang terbentang di tepi jalan sana. diikuti dengan pak uda. dan last sekali gua melangkah dengan bergaya dengan kasut but arwah atuk gua. suasana tengah hari bagaikan balam balam maghrib. kayu sedepa gua pegang erat erat. mana tau tengah tengah jalan nak ke sawah awal awal gua dah terserempak keli melintas jalan. masa tu lah power gua baru lepas makan pulut cicah kelapa muncul.


kena elok memang berkecai ikan. nak pukul ikan ni tangan kena cekap kena pantas. setakat power ibu jari menang main mesej pakai blekberi tu taraf hina dah bagi gua. ni lagi terer. kena pandai agak ke mana ikan tu nak lari. kalau salah hayun dia jadi pukul ke laut. penah gua sekali salah rembat betis nazri anak pokman. kopak juga 3 ringgit belanja megi celup kedai lan. amek ati punya pasal.


mmm. gua rasa pelik je time banjir banjir macam ni tak balik kampung. 


legnote : rantau panjang dah tenggelam

2 comments:

kucing gemok said...

Gua lama x menyemak kat sini. Saje je nk wat2 komen.. i MisS yOU~
Kahkahkahkah!

karatz said...

kahkahkahkah mcm gay!