Friday, August 3, 2012

surat khas untuk Datuk

tahniah buat datuk kerana kemenangan cukup bergaya ke atas Long Chen. walaupun penuh integriti dan maskulin kemenangan datuk tadi saya seperti melihat ada kecacatan pada perlawanan tadi. bukan lah saya mengatakan datuk cacat ataupun kecacatan pada bahu datuk yang sering berlaku pada game game yang lepas, namun kecacatan yang saya maksudkan adalah kesungguhan dan peluh jantan datuk yang terpias pada  skrin tv saya itu bukan untuk Long Chen tapi kepada Lin Dan sepatutnya.

bermain dengan Long Chen sepatutnya datuk seperti bermain dengan anak ayam sahaja.sama seperti saya bermain bola lembik dan menggelecek anak buah saya yang baru nak masuk 4 tahun sampai dia menangis kerana tidak dapat bola.dan mak dia memarahi saya kerana tiada belas kasihan walaupun terhadap seorang budak kecil.begitulah yang sepatutnya datuk bermain.begitu sepatutnya.

namun ape de hal lah datuk.what the heck orang putih kata.asalkan datuk menang maka pingat perak sudah dalam tangan datuk.dan saya doakan datuk akan menang di final nanti kerana dengan kemenangan itu maka seluruh rakyat Malaysia akan berterima kasih kepada datuk melebihi kasih kami kepada Najib dan isteri puaka nya.

semoga datuk menang kerana saya tidak pernah masuk Baskin Robbin semata mata untuk makan ais krim.pantang orang kata.dan pantang larang itu akan saya langgar hanya kerana datuk beroleh pingat emas. nak harapkan jaguh lain sama lah seperti saya mengharapkan jodoh saya datang dan meminang saya dengan cincin Habib Jewel dan bagi sedepuk bekal 10 ribu buat majlis.ape ke bangang lah saya ni datuk kan.

semoga sukses datuk.semoga.

Oh ye datuk, dah 2 kali Jumaat saya pegi masjid takde orang jamu pisang dan air free macam biasa.saya syak masjid ni dah lari dari tanggungjawab terhadap golongan musafir macam saya.



p/s : nama Long Chen disebut begitu kerana blog ini baca dari kiri ke kanan.

8 comments:

a.samad jaafar said...

lawan sebenar dia lin dan..

dua minggu ni..kurma kering ada aku nampak bro..huhuhu..murah punyer !

karatz said...

a.samad-takde.gua nak pisang.PISANG.

ஜ miss klanika ஜ said...

semoga beliau bawak balik pingat emas. lepas tu lu cari la tengok pisang emas kot-kot ade jual gua nak belanja. hehe

karatz said...

miss klanika-pisang tak emas pun gua ON asal preee...wewewewewe

Waqheh said...

pisang emas dibawa belayar, belayar hingga ke britain, apa ada hal makan pisang, sedangkan chong wei mati kelaparan...

gua setuju ngn lu bro..alahai kesian peluh meleleh merecik rosak habis tv HD gua, dajei sungguh. tapi gua boleh sabar lg..sakit hati tgk masa dia lawan ngn anak hindu sebelum long chen..anak hindu tu kote pun tak kerat sama la ngn dia..alahai..

jumpa Dan Lin bukan takat peluh sekali ngn air luir meleleh..

karatz said...

qheh-kalah dah..kalah dah..berkecai ais krim gua..sampai ke liang kubur la belum tentu pegi baskin robbin..

Hantu Kak Limah said...

Hahahaha...gua rasa patut lu pos surat lu ni kt London...sampai kalah datuk pasal x dpt baca kisah sedih lu ni.......kalau die tau lu nk eskem tu.....memang...memang........die cakap...tu bukan rezeki lu...huhuhuhuhuhuhuhhu.......

karatz said...

limah hantu-tu lah.nyesal gua tak hapdet awal2.eyh,yang lu suka semacam ni apehal?nganjing?