Thursday, July 16, 2009

kuliah hari ini

manusia dan ayam



kromosom manusia dikatakan ada persamaan
dengan kromosom pada ayam.23 kromosom

struktur kepak ayam jika diklasifikasikan sebagai tangan
maka kita akan dapat bayangan evolusi baru,ayam bertangan

maka jenuh lah kau nak kejar ayam buat rendang
kau akan lihat ayam boleh memanjat pokok
dan memetik buah kelapa dengan selambe

kau juga akan nampak mereka bergaduh guna penumbok
suka petik jari dan curi barang di kedai runcit

struktur tulang tangan manusia pula
andaikan jika ia ditumbuhi bulu dan kepak
tak lain tak bukan kau akan lihat manusia tidak lagi mahu guna kereta
langit akan menjadi sibuk
tiada lagi "jem" di federal haiway mahupun jalan duta

kedai2 "kepak air-brush" tumboh bagai cendawan
tiada lagi lepak di kedai mamak mahupun starbuck
pagi kau kat sabah
5 minit selepas mungkin kau dah sampai kelantan
balik kampong





leg note : kuliah petang tadi,aku habiskan dengan bermimpi










1 comment: