Ramadhan 1995
gua dah siap siap nak turun terawih. gua sarung kain pelikat gua yang biasa gua pakai hari hari pegi masjid. dalam kain ada seluar pendek. dalam seluar pendek ada telor gua. dalam poket seluar ada mercun ketupat. gua cari selipar kuat gua. selipar kuat ni selipar yang kecik sikit dia punya size dari biasa yakni selipar adik gua. kalau pakai selipar besar nanti tengah lari dia senang putus. tak pun hilang.
dalam quarters tempat tinggal gua ada 1 stadium mini untuk orang main bola. biasa team kelantan zaman tuan kamree, hashim mustapa dan halim napi training kat situ je sebelum main kat stadium kota bharu. femes jugak la padang bola tu. stadium mini tu jalan depan sikit dari surau, setentang dengan blok rumah eyi ngan husni.
dari rumah gua straight je masuk pintu pagar surau. gua lalu port sebelah pintu pompuan. ni saja je taktik bijak gua supaya nanti mak mak member gua dah nampak gua ada kat surau nanti dia punya report sampai la kat telinga mak gua. selipar kuat gua pegang sekali lepas tu gua terus ke belakang surau. terus masuk padang bola. padil,husni,eyi,jali,abang jali,ayem,zuhri,taha,tihi, ngan yus dah ada kat tiang gol. merancang strategi.
''wei ninja la wei'' arah yus yang paling tua tapi tak matang kepada gua. gua perati geng gua sume nampak bijik mata je.
gua bukak kain pelikat dan lilit muka gua ala ala ninja. masa ni rasa macam betul betul ninja. di pintu gol sebelah padang sana gua nampak balam balam bayang budak budak geng rumah atas tengah tunggu game start je. gua check poket gua. ada 5 biji ketupat. belakang seluar gua ada 2 batang bedil 20 das. malam malam kat padang bola ni memang gelap pekat tak nampak. kiri kanan ada tempat duduk bersimen, pokok pokok dan astaka. strategik gila babi tempat ni.cuma masa ni scene beromen tak femes lagi so memang padang takde orang langsung. zaman ni gua pun tak selera nak cium budak pompuan. naif.
malam malam sebelum gua dah kena sedas atas kepala. hangit jugak la rambut gua. celaka betul, macam mana gua boleh kena. tahu tahu dah ada depan mata, tak sempat gua nak nyala ketupat dia dah siap pasang das. gua syak ada la 7 ke 8 das gua kena masa gua pecut dengan selipar kuat. satu kena kat kepala. yang lain kena gua punya armor pelikat.
kalau tak pakai selipar kuat macam gua. alamat pagi besok lah lu kena datang cari. kalau dah mencicit lari pakai selipar biasa memang tanggal punya. bukan orang tembak pakai air ni brader. bedil das ni tak power pun letup dia, bunyi macam kentut kepit je. bunyi angin. tapi kalau dah tuju kat muka kat badan dia boleh melekat dan terbakar. sebab tu kain pelikat gua banyak lubang. jasa iblis das ni lah.
Friday, August 10, 2012
Monday, August 6, 2012
rentetan dari surat untuk Datuk
gua pun tak berapa nak kompem sangat iklan ni ada unsur Iluminati ke jenis propa zionis nak kencing budak budak mentah macam gua.tapi gua percaya dengan sepenuh hati dan jiwa raga.kalau terserempak dengan gua kat mana mana robbin ni mohon jangan tegur gua.
lepas makan eskrem kita pakat ngehack laman web kerajaan Myanmar nok?kepala bana sangat dah gua tengok brader brader kat sana dia punya pailang!!
Friday, August 3, 2012
surat khas untuk Datuk
tahniah buat datuk kerana kemenangan cukup bergaya ke atas Long Chen. walaupun penuh integriti dan maskulin kemenangan datuk tadi saya seperti melihat ada kecacatan pada perlawanan tadi. bukan lah saya mengatakan datuk cacat ataupun kecacatan pada bahu datuk yang sering berlaku pada game game yang lepas, namun kecacatan yang saya maksudkan adalah kesungguhan dan peluh jantan datuk yang terpias pada skrin tv saya itu bukan untuk Long Chen tapi kepada Lin Dan sepatutnya.
bermain dengan Long Chen sepatutnya datuk seperti bermain dengan anak ayam sahaja.sama seperti saya bermain bola lembik dan menggelecek anak buah saya yang baru nak masuk 4 tahun sampai dia menangis kerana tidak dapat bola.dan mak dia memarahi saya kerana tiada belas kasihan walaupun terhadap seorang budak kecil.begitulah yang sepatutnya datuk bermain.begitu sepatutnya.
namun ape de hal lah datuk.what the heck orang putih kata.asalkan datuk menang maka pingat perak sudah dalam tangan datuk.dan saya doakan datuk akan menang di final nanti kerana dengan kemenangan itu maka seluruh rakyat Malaysia akan berterima kasih kepada datuk melebihi kasih kami kepada Najib dan isteri puaka nya.
semoga datuk menang kerana saya tidak pernah masuk Baskin Robbin semata mata untuk makan ais krim.pantang orang kata.dan pantang larang itu akan saya langgar hanya kerana datuk beroleh pingat emas. nak harapkan jaguh lain sama lah seperti saya mengharapkan jodoh saya datang dan meminang saya dengan cincin Habib Jewel dan bagi sedepuk bekal 10 ribu buat majlis.ape ke bangang lah saya ni datuk kan.
semoga sukses datuk.semoga.
Oh ye datuk, dah 2 kali Jumaat saya pegi masjid takde orang jamu pisang dan air free macam biasa.saya syak masjid ni dah lari dari tanggungjawab terhadap golongan musafir macam saya.
p/s : nama Long Chen disebut begitu kerana blog ini baca dari kiri ke kanan.

Monday, July 30, 2012
balik kerja
fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuufuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......
ko tau tu bunyi apa?tu bunyi air cond yang celaka punya sejuk dan dia kat atas kepala gua je.skunk ni gua dah pindah opis baru.meja gua dia pasang betul- betul kena bawah air cond.dekat meja receptionist yang baru nak buat tu ada brader brader cina tengah pasang kabinet. sebab mereka bukan melayu dan kerja sangat lembap maka mereka tidak tahu pun yang gua tengah berpuasa dan berpuasa itu sangat lapar.
sekarang sudah masuk jam 6 petang.semua opismate gua dah berambus pegi bazar ramadhan dan gua sekor sekor kena paksa rela tunggu brader brader ni abiskan keje.perut gua dah panas sejuk panas sejuk ni.kepala gua dah merekah tunggu nak pecah je.urat urat tangan gua dah mengecut dan reput frost.
Wajibkah gua bunuh brader brader ni?

Sunday, July 29, 2012
iftar dan sahur
gua tongkat motor gua perlahan. pandangan gua tertumpu tepat ke deretan gerai-gerai yang penuh dengan lautan manusia yang sama sahaja matlamat dan tujuannya.apa bangsat matlamat dan tujuan gua pergi sebut dalam satu ayat?salah satu sebab gua malas nak berblogging sebab ni lah, gua akan merosakkan bahasa.
jadi gua kompem ramai ramai yang datang ke sini bukan nak tengok bola macam wadi boy.kalau wadi boy dia akan turun scene sini dengan jersi dan seluar bola sambil pakai selipar.lalu gua start memulakan tawaf dari gerai yang pertama sama macam mula-mula gua datang sini petang puasa yang pertama juga.
mula mula gua akan cari air. gua akan sekali lalu terlebih dahulu.atau dalam bahasa shoppingnya SURVEY.air yang biasa/selalu/hari hari gua akan beli adalah air tebu.dekat tempat gua air tebu dah melebihi harga paras siling yaitu 4 ringgit sebungkus dan sedikit nak mampus.oleh kerana gua memang kurang pergi air lain malah gua peminat tebu tegar sejak kecil maka mahal dan sedikit nak mampus pun pergi mampus lah.
sesudah menuruti hawa nafsu tebu baru lah gua akan memandang dan menjuih bibir kepada air air lain seperti sirap,bandung,coconut shake dan air air yang sekufu dengannya.dengan berat badan yang semakin ke obesiti gua dah tak makan nasi waktu berbuka.jadi alternatif lain untuk gua tidak pengsan dan berbuih mulut semasa terawikh adalah dengan pekena kueh dalam dua tiga das.kueh samosa,murtabak,roti Jong,bubur kacang hijau atau kacang merah adalah feberet sama sekali.
tahun ini gua akan round bazar ramadhan sebanyak tiga kali atau lebih. sekali untuk survey.kali kedua untuk tak tahu nak beli apa, kali ketiga untuk membeli betul betul dan selebihnya mencari wadi boy,luki atau adam untuk pinjam duit sebab benda yang gua beli semua mahal dan biasa tidak cukup duit.
''murah adalah tidak sedap sekali'' luah lidah gua yang biasa mengecap makanan terlebih dahulu sebelum membeli.
manakala sahur pula gua makan kat kedai banyak nyamuk atau maulana(juga banyak nyamuk).

Saturday, July 21, 2012
1st Ramadhan
Salam Ramadhan
first time gua buat solat terawih sampai 21 rakaat, start dari isyak sampai jam 11.30 malam tadi. mula-mula gelabah gak gua nak perabih.abih je 8 rakaat ada sedikit tazkirah. masa tu memang rasa nak balik makan nasik je. tapi iman gua yang senipis kulit bawang ni bermonolog dengan hati gua. bila lagi?bila lagi gua nak buat semua ni?tahun depan?idup lagi ke gua tahun depan?ntah ntah esok lusa dah padam. malam esok gua taktau lagi nasib terawih gua macam mana.brrrrrrrrrrrrrrrrr
dan sepanjang Ramadhan ni gua agak kita akan dihidangkan dengan berita yang hampir sama dengan berita puasa yang lepas lepas. pasal bubur lambuk, polis trafik berbuka sambil buat roadblock,artis buat qiamullail,budak hilang kepala main mercun bom dan bak bagai lagi. maklumlah bulan Ramadhan cuma ada sekali je dalam setahun dan pengulangan catatan tersebut langsung tak menimbulkan perasaan bosan kerana benda tu tidak berlaku dalam 11 bulan yang lain.
semoga lu sumer bangun sahur dan baca niat nak puasa.
p/s : esok pagi lu orang jangan nak berdrive thru sangat lah..harharharharhar

Monday, June 25, 2012
ape benda la pegi keje hari isnin
tap..tap..tap...
tap..tap..tap..tap..tap..tap..tap
tap..tap..tap..tap..tap
abes keje gua setelkan, bantal dan tilam berabuk gua bak bagai memanggil manggil dari rumah. kepala gua dah sendu sendu nak pitam. mata pun kejap rabun kejap berair. sesekali gua menguap sambil berbunyi kerbau mengejutkan kak sham kat sebelah gua. nampak macam dah tersalah kira akaun kewangan dan mental kerana nguapan gua yang padu.
''tengok bola la tu ngantuk sampai macam tu sekali, dah la salu lambat. aiiii... aku pun suka keje gitu'' ngomel kak sham berbulu.
pikah ngan cik za membalas perlian kak sham dengan gelakan kecil. takut nak gelak macam biasa sebab big bos ada.
gua malas nak melayan kak sham sebab dia dah tua dan tidak hot macam akak akak opis tingkat atas.kalau tak boleh jugak gua senyum dan kenyit mata tanda gua sikit pun tak marah.
''pikah ngan cik za tak payah nak hikhikhikhik sangat.. gua tido depan meja korang karang tau le''
gua bangun dari kerusi masuk bilik pantri. harap-harap khasiat kopi hitam boleh memberi kekuatan makrifat pada gua sampai ke petang. kedengaran big bos gua,bos no 2 gua dan bekas bos no 3 gua tengah buang masa dalam bilik meeting. cite bola,cite masalah pendatang asing,cite tak pandai mengaji bertukar-tukar topik. tiba-tiba nama gua diseru di balik pintu bilik.
''aaron aziz..oo aaron aziz...kau sini jap''panggil bos no 2 gua. gua tanpa ingkar dan penuh arahan terus masuk bilik meeting.
''mende bos?'' tanya gua bermalas malasan.gua pandang muka big bos dengan bekas bos no 3 gua. nampak seolah-olah mereka mengharapkan sesuatu kepastian dari gua.
''errr..kitorang ada hal skit nak tanya kau..kau pandai tak mengaji?'' tanya bos no 2 gua.
''boleh lah bos.gua takla pandai sangat.kenal huruf tau baca je la.asal?''
''errr..camni..kitorang sebenarnya...errr'' luah big boss gua tergagap gagap.
10 minit separuh masa pertama...........................gua tutup mulut gua dengan tangan
20 minit separuh masa pertama..........................mata gua dah berair
30 minit sebelum gua balik kerja..........................gua dah tak tahan
...........................31 minit kemudian..................................
''kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah..''gua gelak sambil keluar cepat cepat.
''woi,kau bagitau sapa-sapa aku 3 orang kerjakan kau nanti'' ayat terakhir yang gua dengar sebelum gua simpan laptop dan tutup pintu opis.ketawa gua belum habis lagi.
leg note : gua rasa sungguh bersyukur kerana umi gua ustazah tak bertauliah yang paling sabar mendidik gua kala dulu.

Subscribe to:
Posts (Atom)