Tuesday, November 30, 2010

sebelum ko kena cekik,baik ko yang cekik dulu.jangan pijak orang sudah!

masih lagi dalam mood kepenatan.

hoh,aku baru balik dari kelantan.gila,keje part time pon kena antar pegi technical service gak.

company kasik RM 710 untuk makan makan dan penginapan segala.

aku kelepet resit hotel dan resit sewa kete then gi duduk umah nenek aku.dan menghabiskan duit kontinjensi!

balik kl dengan muka senyum.aku rasa aku habis Rm 100 je kot.atas kertas total RM710.hehe

sape suruh antar aku pegi sana,aku nak pegi sabah la dol!

Thursday, November 25, 2010

harapan demi kepuasan

wishlist baru :

sony lens minolta af 28-80 rm 300
@
tokina lens 28-80 rm320
@
baju baju bundle terpilih 5 lai = rm 300 mungkin
@
filter dan hood kamera = total rm 200
@
skrin untuk laptop yang sedang rosak = rm 550



leg note : sial,kena keje kuat!

Tuesday, November 23, 2010

aku keje dan penat

urghhhh..penat aku.duduk berdiri sepanjang zaman dalam aircond boleh buat lutut aku lemah gemalai.skop keje aku mudah,pakai hujung jari je.godek situ skit,godek sini skit.siap keje aku.tapi bukan godek sebijik la,berpuluh puluh bijik nak kena godek.boboi,palong,apo dan napi pon sama sama menipu penat.

tadi sekali makan pagi 5 ringgit.babun cekik darah punya kantin gomen.ingat aku pegawai bertali leher keje pusing pusing bangunan main game counter strike dari pagi sampai petang ke.aku PCman lah.ko tau PCman?dia ade bau bau tahik dengan programmer.bodoh bawah skit.haha.

Botak a.k.a manager kali pertama tengok aku buat keje,terus taksub dan gelabah.cepat cepat dia offer aku keje permanent dan rasuah tiket pegi sabah supaya keje dengan dia sampai aku ada cucu.tesembur teh O ais yang aku kemam dalam mulut laju memerap di muka Botak.aku buat buat baca doa supaya dia terselamat dari rasukan syaitan dan jin belaan palong.tanak aku!

owh,aku sedang dalam misi merungkai 1 misteri yang sangat rahsia.bukan misi mencari di mana titik G-spot untuk disayangi wanita.bukan.misi untuk membesarkan buah zakar juga bukan.aku ada misi lain.




leg note : aku sedang mencari dia!






Sunday, November 21, 2010

english broken part 1

i know why i'm doing this.i have to improve my english skill communication badly.if i'm not.they think i'm a loser just like the other super hot guy-you-dont-know-who.so,to stop them for looking me with one eyes i have to do this.eventhough its very hard to take a risk for this but i dont have any chance.

honestly,i dont know how to start.for the first time.i feel like i'm totally lost control and just going to be crazy.lol.<--i dont know how this word exist,its english or malay words?busted!

i've been told that i have to write about 100 words a day.haha(i laugh).totally insane.i dont know what i'm going to tell you at this time.i just feel like i'm going to take my stinky underwear and put it in my head.what the fucking poor and broken english i had.but,i cant give up.wait for the next english session from me.



leg note : i have to tune up my head for a few days.its going to crack!

Saturday, November 20, 2010

pikir dengan kepala lutut #1

aku tiba tiba je pikir macam ni.katakan lah kan,sume orang yang kapel dalam dunia ni takde masalah.maksud aku first kapel dah bekenan dan terus kahwin dan tak bercerai sampai bila bila.kekal sampai akhir hayat dorang.

maknanya kalau kau nak ada awek,kau cari sorang kemudian jumpa dan berkapel kemudian kau kawen dengan dia sampai kau mati.dan semua orang macam tu.jodoh seorang sahaja dan first come first serve.haha.





leg note : aku pandai pikir masalah je.penyelesaian aku fail.

Friday, November 19, 2010

Sekuel raya haji

PAGI

1st time aku rasa benci duduk putrajaya.harap nama je gah kemain.harap view je lawo tak ingat.tapi hari raya korban takde satu pun kedai makan yang bukak.waima mamak yang top sekalipon.sungguh bodoh sekali beraya di putrajaya.memandangkan kawan kawan semua balik kampong dan tiada sedara mara disana.padan la muka aku dan kawan kawan.

8.30 pagi sudah siap solat raya dua rakaat di Masjid Besi.niat di hati nak dengar khutbah yang sekali setahun itu.tapi bila mat foreigner yang seramai ramai bekumpol dan buat port macam umah dorang sambil bising bising buat kami sakit telinga.langsung tak dengar khutbah.depa takpela sebab depa buta base melayu kan.buat apa depa nak layan khutbah orang melayu yang baca.jadi membising lah depa.bodoh betul,tak tau ke itu masjid?Daripada dengar bahasa asing yang lagi kuat dari khutbah,baik blah.maka bermula lah cari makan di sekitar putrajaya.naik sebu usus perut duduk dalam kete dekat sejam round dari presint ke presint macam haram takde kedai yang bukak.

Last last tepaksa balik ke serdang cari kedai mamak kat sana.maulana pon tutup jugak.bodohla pepagi ni tak makan apa lagi.perut masuk angin.nak tak nak kfc je jodohnya.tu pun dah ramai anak anak melayu yang mak bapak jauh macam kami tengah tunggu kfc bukak.Tak sempat tunggu lama ade member kol bagitau kedai mamak azwath kat flat bosnia je beroperasi.terus bawak kete selaju mungkin biar cepat sampai.syukur kami kekenyangan akhirnya.

TENGAH HARI

Pegi tempat semelih lembu dengan lan.tolong tolong buat apa yang patut.ingat nak bawak kamera tapi takut kena darah lembu ke rosak la kamera aku.15 ekor lembu 3 jam dah siap semelih lapah potong tulang dan packing.gila laju dorang buat keje.aku pun.tangan dah penuh darah kering. nampak jugak la aku buat keje.haha

Jam 3 dah habis agih agih sume.dapat la aku sekilo tulang sekilo daging.dan 2 ketul ekor lembu untuk buat sup.dalam berebut rebut dapat jugak aku rembat.sup ekor lembu baik untuk sistem kejantanan.

PETANG

Jam 5 dah siap siap mandi syampu badan dan gerak pegi gombak dengan iqbal.pegi rumah Ain Asyira junior aku masa kat bintulu dulu.makan sup dan otak otak goreng sampai buncit perot.balik kolej da dekat jam 11 malam naik bilik iqbal terus aku tido.ngantuk gila babi.

Leg note : boleh tahan lah!

Tuesday, November 16, 2010

keluhan hati gua yang gua kumpul 3 hari

gua jarang on secara langsung waktu maghrib.tapi hari ni mahgrib gua pendek je.surah pendek dan doa yang pendek.selalu gua bertahmid bertasbih segala sampai ke isyak.gua rindu umi gua,bapak gua dan adik beradik gua.malam nanti gua cadang nak kol umi gua.gua nak ucap selamat hari raya korban dengan penuh syahdu dan tangisan esak esak palsu seperti gua selalu buat tiap tiap tahun.sekarang pon gua dah amek feeling slow slow.

dua hari ni gua keje kat kastam kelana jaya.suka hati gua je nak keje dua hari.gua pasang pc baru ganti terus pc lama yang orang kastam pakai selama 10 tahun lebih.tak sangka gua dalam zaman millenium macam ni pon ada lagi yang pakai window 98/ME dengan cpu cap kepala kerbau yang super slow dan tak canggih serta pakai disket.macam mana la depa buat keje dengan serba daif macam tu.nasib baik gua ada.gua lah yang memperkenal kan apa itu pendrive dan window 7 pro kepada mereka.bertepuk tangan dan menangis kegembiraan mereka bila gua sentuh pasal isu antivirus dan cara nak save data dalam external hard disk.belum lagi gua masuk bab godam pc atau download porno.ah,tanak ah gua sebarkan dosa macam tu.

walaupun banyak masalah seperti halangan uncle uncle kastam yang risau data dalam pc nya hilang akibat tukar skrin baru gua setel secara berbincang di bilik mesyuarat.gua explain kepada mereka bahawa dengan menukar skrin pc walaupun skrin itu berbentuk bulat atau tiga segi sekalipun data data tidak akan hilang wahai pakcik.ia kekal dalam cpu pakcik hingga akhir zaman.kecuali pakcik menerajang cpu itu akibat tekanan emosi kerana datang kerja pukul 8 hingga 5 hari hari cuma bersiar siar di sekitar jabatan dan meraikan kepulangan pasangan suami isteri baru berkahwin masuk keje balik.gua pon dah apply keje situ dengan SPA.harap harap pakcik pakcik cam muka gua dan terus amek gua keje bersama sama untuk berhibur dan bersukaria hari hari.gua dah letih dengan mainan dunia bisnes.

segala penat lelah gua beramal di siang hari gua terjemahkan dalam bentuk tidur yang lena sepanjang malam selama 12 jam berturut turut.itu bermakna gua dah tapau solat asar maghrib dan isyak sekaligus dalam kategori terlepas pandang atau tak sengaja.gua dah berdosa.tapi hari ni gua dah insaf dan tidak buat lagi.

semakin hari gua rasa semakin bersemangat menghadapi hidup.ini kerana gua ada dengar dengar upah dua hari kerja gua bakal di bayar secepat mungkin.tak sabar gua nak hidup untuk hari hari seterusnya.job gua pon makin banyak sekarang ni.alhamdulillah.syukur gua kepada Tuhan yang memberi rezki.



leg note : gua perasan 2 3 entry sebelum tiada leg note.yang ni gua letak!