Thursday, September 23, 2010

raya gua yang paling sensitip

malam raya tu gua da nekad nak tutup kedai awal awal.tahun lepas gara gara kehalobaan dan kerakusan duniawi dah membutakan mata hati gua untuk balik raya awal.jadi baik gua bungkus cepat cepat.tahun lepas pukul 3 pagi.tapi malam tu jam 1 pagi gua dah bungkus.memang gua seorang yang menepati masa sebenarnya.

''seronoknya boleh balik beraya di kampung kali ni" kata gua dalam hati dengan lirik senyuman rosham nor.

tapi kelam kabut uptown danau kota memang buat gua panas berbirat.disebalik lautan manusia lalu lalang gua cuba mencelah celah dan mencilok dengan kereta sorong sambil bawak barang barang jualan ke kereta.memang keje yang murni dan suci sekali.kepala hotak gua dah ada kat dalam kebun tok wan kat kampong gua.gua tengah syok bedil budak kampong sebelah dengan bedil paling mahal gua beli kat siam.segala deret deret kedai member member yang gua tak sengaja langgar,gua mintak maaf angkat tangan tanda peace tanpa menoleh seinci pon.sory brader brader,gua dah tak tahan!

gua punya kazen si kemal pon dah kelam kabut.berbuih buih mulut kemal promot harga cantik punya kat kastemer kastemer.sempat jugak la gua usha anak mata dia kejap kejap tengok jam.kenangan raya 2009 masih menghantui.sumpah nak balik awal kali ni!habih segala peluh mak nyah gua keluar.cis,nasib baik gua simpan botol perfume dalam seluar.bleh gak kaver kaver bau macam jahanam kat badan gua ni masa lalu depan awek hot.segala seluar jeans,baju raya,samping,mercun bagai banyak nak mampos,sume gua setelkan.dengan harapan kederat 1 kereta usang yang bakal menjadikan raya kami tahun ni mampu mengheret kami sejauh 300 lebih kilometer perjalanan.itu harapan gua,jangalah tenggiling kami buat hal.jauh ni sial!

walaubagaimanapun,setangkas mana langkah pencak silat gua.sehebat mana kudrat body jantan sasa gua.rasa hebat lepas minum red bull dan buat keje sebelum tu.takdir dah menjodohkan gua beraya di kuala lumpur.kami yang paling awal tutup kedai,kami jugak yang paling lewat siap segala.

oleh kerana separuh dari barangan kena simpan kat rumah wangsa maju sebab banyak gila,maka trip ulang alik jadi 5,6 kali.lagipon orang ramai gila.time nak tutup la beliau si pembeli nak datang.hancur luluh hati gua,da la gua orang jauh!lebih sadisnya hujan turun dengan lebat masa subuh seperti menandakan tibanya syawal yang mulia.dan yang tinggal cuma songkok songkok untuk trip terakhir tak sempat nak kaver.basah lenjun.

maka,takbir raya di pagi syawal yang mulia dan berkat itu gua sambut dengan hati yang sebak dan pilu.hati gua menangis dengan sendiri.dia punya frust lagi kick dari frust ngan awek gua.di tangan gua ada kain buruk yang kering dan harum.gua cuba mengelap songkok sambil bertakbir.gua jeling kat kazen gua yang tengah pura pura layan tido.gua nampak air mata dia meleleh dari pipi turun ke sofa.gua tenung je baju raya,songkok dan samping gua untuk raya tahun ni dengan perasaan sebu.rosak plan gua nak raya sedondon ngan family!






maaf kan anak mu ayah dan ibu.adek beradek gua yang hensem dan cantik cantik belaka.tahun ni gua beraya kat highway lagi nampaknya.gua dah cuba,tapi apakan daya!






p/s: gua sampai ke kampong malam raya pertama jam 9.30 malam.gua dah nekad.raya tahun depan gua nak tipu MC.tak kira!








Sunday, September 5, 2010

countdown to raya

dah sah termaktub dalam perlembagaan bulan ramadhan tahun ini aku kena balik malam raya.lagi.macam tahun lepas.super duper monyet.sape tak tensen beraya atas jalan raya.ciss..

oleh itu,kepada sesiapa yang beraya di kuala lumpur atau kawasan kawasan sekitar kajang,cheras dan petaling jaya.sila beli baju raya anda di Gerai Baju Raya Kami bertempat di downtown Cheras.kalau takde baju raya mana bleh beraya doh.

dan aku taknak solat raya berimamkan signboard jalan lagi!nyampah...

Friday, August 27, 2010

entry berbahasa gua

masuk hari ni dah dua hari gua makan sahur beli kat luar.selalu gua beli kat kolej je.ada orang jerit jerit jual nasik tu gua punya supplier lah.dan dua hari jugak gua makan nasik mamak.tadi gua rembat ayam dan daging seketul seketul.''10 ringgit''kata mamak tua bebisik kat gua.bedesing telinga gua dengar.kalau la bapak gua yakuza,gua bayar 2 ringgit je pastu blah.

gua letih letih balik meniaga cari rezki senang senang je mamak tapau duit gua.tadi ramai orang kat tempat keje gua.sume awek cun cun.baik baik punya.hati gua kadang kadang tesentuh gak tengok awek orang.bukan gua dengki balak dorang tak hensem macam gua.tapi gua jeles sebab gua masih lagi single available walaupun tahap hensem gua dekat dekat ngan brad pitt.

gua penah tekel maya kering.juliana ibans pon penah ngedate ngan gua.sipi sipi lagi gua nak dapat jadi balak dia.gua kena rijek pon sebab masa tu gua kuar pakai selipar jepun.ana(nama manja beliau) kata gua ni pokai.gua rilek je blah.ana tak tau pun dalam poket gua masa tu ada RM 5000 nak habiskan untuk dia.duit gaji pekerja yang bos gua suruh bank in kat akaun company.tapi gua terlupa.

body gua lagi sikit hari dah bleh masuk wrestling.ada la iras iras ultimate warrior.sebab hari ke hari barang barang niaga makin bertambah.dan makin berat gua nak angkat satu satu naik stor tingkat 4.bosan!





leg note : letih dah gua


Thursday, August 26, 2010

vegetariannya gua

sayur sayuran.sejenis tumbuh tumbuhan pelik yang aku tak suka makan.tetapi aku tetap kena makan.sebab aku nak kekalkan awet muda dan jaga stamina.takut takut nanti da kawen pancut awal.haha

1.aku suka makan popia.basah ke kering hentam la.janji dalam letak taugeh.dengan cara kotor ini sahaja aku boleh makan taugeh.

2.aku makan beger sebab aku boleh makan salad,timun dan bawang di didalam nya.kalau ade orang letak daun sireh dalam beger.kasitau aku.aku nak gi terajang kedai dia.

3.aku makan tomyam sebab dalam tu ade bawang,tomato dan segala jenis.sume aku makan.danjilat sampai ke pantat mangkuk(ini tipu)

4.makanan yang stim stim.bukan konek der.tapi yang masak stim nya.sume bahan bahan dalam masakan stim tu aku bleh lagi kunyah dan telan.


kalau makan kosong,sumpah aku termuntah!

Tuesday, August 24, 2010

hari ini

apa yang aku mahu tulis.sendiri tak pasti.sebenarnya sudah 3 kali aku log out dan log in.mula mula mahu tulis sesuatu.kemudian tak jadi.dan tiba tiba seperti ada idea dan mahu tulis lagi.tiba tiba idea jadi jahanam dan blur tak tau nak tulis apa.sial.

jadi aku tulis sahaja.haha.gila hebat kan?

1.ada kawan aku masuk bilik waktu tengah hari tadi dan beli air tin dan juga rokok.aku buat tak tahu saja.biarkan(ini bulan puasa)

2.aku tidur dari jam 8.30 malam semalam.bangun jam 4 petang dan mandi dan tidur lagi sampai berbuka.

3.hari ni meniaga di uptown paling bosan.kiri kanan kedai member tutup dan terpaksa angkat baju raya dalam kuantiti lebih banyak dari biasa.sebab barang sudah di topup.gila berat!

4.menu berbuka tadi ialah ketam masak lemak cili api.sesudu dah buat aku tersedak.babi pedas.tapi sangat best.

5.adek aku kol dan suruh aku cari baju melayu hitam siap dengan samping.total harga 120.aku bayar.kira selesai hutang lama.kejam gila adek aku.



leg note : lamanya lagi nak sahur.

Wednesday, August 18, 2010

mula mula best pastu jadi bodoh

aku ada terima 1 mesej di awal pagi selepas sahur.mula mula cakap hai.aku ni gatal plak pegi reply.tak pasal pasal kena melayan.bodoh!

memang excited.mana tau kot kot pompuan cun gila babi.tetek sedang sedang.kan best klu betul.tak pun ex-gf aku ke tertekan butang hai pastu send kat aku.tak ke meriah.

lama jugak aku melayan.maklumla darah muda.dah dia kata aku hensem.wow!muda dan hensem.walaupun umor dah sikit sikit nak masok ke tua.tapi muda lagi la jahanam.haha

last last dia honor pasal 1 perkara.

"saya malu la nak cakap,abang ni layan laki tak?saya ni laki.he3 ''(gelak macam babi)

bodoh mamat ni kan?

Friday, August 6, 2010

entry sebodoh mungkin

benda bodoh yang aku rasa nak buat

1.beli tiket kapal terbang pegi amsterdam.isap ganja.make love dan balik.sekali sahaja.

2.buat rambut dreadlock.pastu buat kaler merah mcm ungka.pakai spek rayban pegi lepak dekat bukit bintang dari pagi sampai malam.

3.rompak bank pakai lighter.

4.pegi rumah ex awek aku dan terus terang ngn mak bapak dia aku nak kawen.berbajetkan muka hensem.hati yang ikhlas dan cintayang suci.duit no 10..

5.pegi rumah mahathir dan suruh dia transfer duit dlm akaun aku sebanyak rm 10 juta.aku taknak banyak.

6.belajar ilmu kebal dan ilmu pengasih tahap hitam.

7.kumpul kawan ramai ramai mcm buat reunion dan pegi enjoy kat mana2 .dorang bayar.

8.jumpa lecturer pastu suruh dia luluskan aku dengan cemerlang tanpa pegi kelas dan tanpa amek exam.

9.beli tivi,pasang astro dan ubah suai bilik kolej aku ni supaya bleh muat katil saiz king.

10.beli pistol dan pegi tembak ikan dalam kolam upm.susah gila kalau pancing.