Sunday, June 24, 2012

fap fap fap

salam.

sebelum startnya quater final euro spain lawan perancis ni maka eloklah gua taip cepat cepat. dengan harapan team La Furia Roja gua tak main telor macam german semalam.walaupun german menang tapi dia punya game macam agak bangang. semua game euro 2012 ni gua tak penah miss dan gua harap begitulah juga dengan puasa gua yang bakal tiba nanti insyAllah.


sejak euro 2012 dah banyak kali gua datang lewat ke opis dan banyak kali juga lah bos no 2 gua sound gua direct.banyak kali juga gua mintak maap dan banyak kali juga gua ulang kesalahan yang sama.kah kah kah.ingat gua taktau ke dia punya hangin bukan sebab gua lambat tapi The Oranje dah bungkus awal balik kampung tanam sayur.

Dan lagi,gua mohon kepada stesen tivi dah dah la buat iklan pasal negeri tercinta gua.takde maknanya dan sangat-sangat lah annoying gila. kalau macam iklan petronas ke gua on je tapi dekat dekat nak ngundi ni gua rasa bodoh sangat lah motif iklan tersebut. potong stim betul gua tengah cite layan neelopa bawak lori tetiba ada iklan persis tahi.

untuk mengurangkan strees gua, gua alu alu kan diri gua untuk layan lagu ni.ni kalau band wali yang bawak ni kompem meletup lagu ni.lagu je ek,bukan layan cite. cite dia gua dah pijak pijak pecah dua.


http://www.youtube.com/watch?v=6js5v85hy7g


Wassalam.

Monday, May 7, 2012

8 mei

alhamdulillah

seperti yang gua janjikan nya pun.gua sedang menikmati detik detik hari kelahiran gua yang ke 3 series. dengan cupcake semalam gua beli tinggal separuh simpan dalam peti ais.secawan gelas neskepe petang tadi ada tinggal sisa seteguk dua. itu lah juadah yang bakal mewarnai umur baru gua di kala ini.

tiada kilauan bunga api.lilin cucuk cucuk keliling kek ataupun hadiah hadiah suprise dari sesiapa.cuma sepotong doa yang gua google dan gua akan bacakan untuk kesejahteraan hidup gua sendiri. gua ingin berterima kasih kepada 2 ekor makhluk belaan gua si Danbo dan Android yang setia menemani gua di sore ini(maaf tiada gambar).

sekejap lagi gua akan mainkan lagu Ombak Rindu yang dinyanyikan oleh Hetty Koes Endang diiringi orkestra main-main Tadika Pintar Taman Seroja mengiringi lagu harilahir gua. mohon jangan sumbang.

kepada ayahanda dan ibunda gua tercinta yang berada di kampung halaman. terima kasih kerana melahirkan gua dengan rupa paras dan baik budi persis kome muda-muda dulu. hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian, dan gua akan cuba berbakti untuk kamu sedaya mungkin. =)



Tuesday, March 6, 2012

akhirnya

update jugak gua..



kahkahkahkahkahkah




lagi 2 bulan gua sambung balik entry baru.kekekeke

Thursday, January 12, 2012

ni entry gua

kahkahkahkahkahkah.


gua rasa gua power gila tak buat entry.rasa macam gua hidup untuk bekerja sahaja sampai gua tua dan seterusnya sampai ajal.orang gila pun tak keje macam gua keje.sebab apa?sebab dia gila la.tapi orang gila masuk syurga.gua belum tentu.insyaAllah.


sehari hari hidup gua adalah untuk kompeni gua.biarpun gaji gua sekangkang kera sahaja tapi gua rasa puas.biarpun kadang kepala gua tiba tiba rasa macam pecah dua tapi gua hepi rasanya.keje gua takkan habis sampai kiamat melainkan dalam dunia ni manusia dah tak pakai laptop dan lebih suka main wau lepak tepi sawah bendang dan pegi lastik burung punai macam orang dulu dulu.


dan lagi gua(merujuk kepada kompeni)baru pakai unifi tapi masih lagi internetnya bodoh dan kurang ajar.nak donlod movie 1 part pun 20 minit,gila apa.orang cakap unifi ni laju kalau nak donlod movie.nak buat keje opis tak payah la pakai tenet laju sangat.hawa hawa je dah ok.tapi bagi gua bagus la dari gua kelepet wifi fakulti ekonomi yang astaghfirullahal azim line nya malas la gua nak kondem,dosa kering je gua nanti.



selesai sudah gua update blog dan bongkak dengan unifi gua ini.semoga ketemu lagi di lain bulan.moga moga syaitan tidak menghanyutkan gua dengan nikmat unifi ini.mintak jauh.





p/s : ada pegi mekdi seminggu dua ni?asal muka cashier (jantan sahaja) conteng conteng macam main krayon dengan budak tadika?hudoh le mangkok!

Saturday, December 31, 2011

ending tahun 2011

kalau gua ada salah silap sepanjang tahun 2011 ni gua nak mintak maap kepada semua blogger yang ada dalam malaysia sahaja dengan ucapan selamat masuk tahun 2012.

bulan 5 tahun depan gua akan menyambut hari lahir dengan ada duit gaji untuk gua belanja diri gua sendiri.gua dah plan nak beli hadiah apa untuk gua nanti.gua akan buat surprise sebelum hadiahkan diri gua hadiah itu dengan beberapa aksi kelakar dan gua akan marah tiba tiba kerana gua berani buat surprise tak bagitau diri gua sendiri dan kemudian gua akan ketawa dengan kuatnya dan berterima kasih kepada gua kerana surprise tadi sangat mengharukan gua.

gua harap gua yang tahun lepas lepas sama dengan gua tahun 2012 yang bakal tiba nanti,mana tahu tiba tiba gua menjadi seekor ayam hutan atau seekor jentik jentik.takut jugak gua kan.

''harapkan pagar,pagar makan padi'' pepatah melayu yang dipetik daripada seorang pakcik tua zaman dahulu kala yang lebih kurang otromen sahaja otaknya.'pagar' itu sebenarnya bukan pagar yang betul,malah ianya adalah 'pegar' iaitu seekor burung pemakan serangga.ejaan pagar dalam bahasa jawi diolah dalam tulisan rumi dan wujudlah pagar yang ternyata salah.manakan sebuah pagar boleh memakan padi sebenarnya-dipetik dari Dr. Burhanudin Helmi








Saturday, December 10, 2011

ghost of rider rider

bulan 9 2002 - melilau liar mata gua cari port.gua bukan tak tau port mana yang best.kalau tang tu jugak ade kapel yang tanya gua mana port baik nak beromen geli geli ke nak buat full verison ke satu satu gua buleh tunjukkan.tapi masa tu tengah malam.gua tengah pulas honda cup kaler merah darah ikan dengan lampu depannya nyala tak nyala je.nasib gua dah hapal benar jalan tasik tu.kepala bana punya motor.gua nak humban dalam tasik kang marah company gua nanti.


2,3 kali pusing gua teringat port yang ada kerusi batu panjang sebelah wetworld sekysen dua.terus gua tuju ke sana.dalam box belakang gua dah kosong.habis je gua deliver customer punya order kat seksyen 8 gua terus datang sini.gua dah setup apa yang patut.gua tau jap lagi 'hantu-hantu' lain akan join gua.


dah parking cantik tepi pokok bunga gua ambik barang yang gua rembat masa tengah sibuk sibuk packing order tadi.selalu benda tu je lah yang geng gua salu tibai.senang masuk beg dan susah nak kantoi dengan manager.gua capai henset.gua mesej awe,panjang dan rudi.ofismates part timer macam gua jugak.


''gua ada kat tasik.port sebelah wetworld.gua ada aiskrim 3 mangkuk''


5 minit kemudian 3 mesej gua berbalas.


awe sampai dulu dengan pizza besar panas panas lagi macam biasa.malam tu seperti malam malam yang sebelumnya dan akan datang gua,awe,panjang dan rudi hepi menjamah aiskrim dan pizza free dalam pekat malam.sambil tunggu jam 12 abis keje.










leg note : celaka,keje macam orang gila selalu buat gua ungkit benda lama yang hepi mepi.apa pasal?

Saturday, December 3, 2011

bos,gua nak mintak kerja!

sampai ke hari ni gua tak diinterview pon.gua datang lepak sini bos gua buat tak reti je.dia senyum je.bos gua tak mintak pon sijil gua ke kad pengenalan ke mungkin kot kot gua ni pendatang haram ke.tapi tak mungkin la gua ni pendatang haram kan.pendatang mana ade hensem macam gua.jadi tak lojik bagi gua untuk di cop bukan warganegara.

ni baru gua merasa kerja yang betul.dan gua betul betul dikerjakan.bukan gua disodomi oleh bos secara satu sama satu.bukan yang itu.24 jam gua adalah didalam ofis dan main tekan tekan keyboard sampai gua bosan.isap okok.tekan keyboard lagi sampai malam.lepas mandi dan solat maghrib gua tekan lagi sampai gua sedar sedar pagi esoknya gua dah terlentang bawah meja opis.team mate gua ada tanya gua.


''lu tertekan tak keje sini beb?''


''tertekan jugak kadang kadang,tapi gua kena betulkan balik sebab ikut rule dia kena tekan betul betul.takleh main ter ter je'' gua jawab.


''haha,sampah lu'' kata beliau dengan nad..nad..nad..naaada cintaaa yang menyebabkan gua terpaksa ambil rokok dan hisap sebatang lagi.


sampai masa ni gua boleh rilek lagi.tapi sebab gua bersyukur benar dapat keje sini pakai kabel member gua maka gua nekad akan rilek sampai bila bila.


lagipun gua kecut perut bila teringat pesanan mak gua masa nak naik bas datang kolompo.
''kalau duit simpanan lu tak cukup sejuta lu jangan pijak kaki kat rumah gua ni,ingat...SEJUTA!''


setakat ni gua menabung duit syiling dulu.duit kertas banyak nak kena pakai.dan gua harap mak gua main main cakap je masa tu ngan gua.








leg note : minggu depan gua kursus.kalau gua lulus dapat sijil kursus tu gua bleh jadi ceo kat BSKL!