Sunday, February 6, 2011

bercerita melalui gambar.sebab blog ini bisu kena potong lidah akibat suka mencarut.

perjalanan ke sungai sendat amek masa 1 jam dari serdang.kalau kau jalan kaki kompem mati dulu.baik naik kete.jalan senang je,dari gombak masuk kuil batu caves terus ke bandar batu caves lagi ke depan jumpa petronas depan lagi belok kanan hingga ke air terjun ulu yam.kau pegi depan lagi sampai habis jalan ulu yam tu.penamat jalan tu adalah simpang tiga.amek kanan dan speed terus tanpa belok sesuka hati kau sampai habis jalan tar dan masuk jalan tanah.terus je sampai kau sesat.haha.terus je.jumpa la tu..

DSC00366

nampak pondok?tu tempat parking kete.luas.boleh la muat 10 biji kete.haha.kami lalu jambatan kecik tu sebab seberang tu je tapak paling luas untuk pasang khemah yang besar.

_DSC2849

kemah setelah di pasang.anak sungai depan tu sampai kebawah sana sume boleh buat port mandi.very panjang.

_DSC2823

kemah spare.sebab ada anasir anasir tak lulus apply cuti kena keje lagi so kena gerak petang,malam baru sampai.

DSC00415

untuk unggun api malam nanti.sempena memuja mambang sungai sendat kelolaan zaid.

DSC00371

ini orang panggil magic hours.tak sampai 10 minit cahaya dah hilang.naseb sempat shoot.

du

ritual awal sebelum pemujaan.menyedut kuasa matahari untuk digunakan malam nanti.terpaksa guna jasad palong sebab dia paling tak berguna.haha.

_DSC2851

ini di ambil dari jambatan kecik tu.depan sikit lagi tu baru air terjun no 1.dalam tak ingat.kalau takde skill renang berirama macam aku kau mandi je la kat bawah bawah ni.

_DSC2910

ni yang no 1.kau nampak tali kuning kat atas tu?atas tu kolam no 2.lagi dasat dia punya dalam.ada air pusar lagi.dah ada yang arwah.tu yang ada tali kuning tu.tapi orang melayu memang berani.peduli apa tali kuning ke merah jambu ke.kasi putus.

_DSC2939

nampak je kecik.tapi luas sebenarnya.tu aku pun buat macam budak tu.tapi lutut landing atas batu.sakit nak mampos.

DSC00430

pabila larut malam.anasir2 tak sampai lagi.tengah prepare nak makan malam.panggg...hujan!


DSC00451

aktiviti menjahit bahagian kemah yang bocor.basah sampai ke dalam.kemah lagi 1 pon masuk air dari bawah.kemah murah.

DSC00443

dari mula sampai petang ke malam tak kira hujan makan je keje makhluk ni.
''gua rasa lapar tak tentu pasal,mungkin sebab aura matahari yang gua sedut petang tadi''ucap beliau sambil menyebat beberapa ketul sosej ke mulut.

DSC00444

jin ini pura pura keenakan tidur walaupun lantainya sudah basah dek air hujan mengalir dari bawah.

DSC00448

ini adalah tangan orang hebat.haha

DSC00445

''aku yang buat semua ni,aku yang jahit.aku yang tampal.kemah ni kemah aku.aku beli duit sendiri bukan duit jiran aku''ujar zaid tak semena mena sementara yang lain buat keje sendiri dan buat tak tahu.

_DSC2773

setelah anasir anasir sampai.terus dengan upacara pemujaan.masa ni bulu roma dah start menegak.

_DSC2750

dua dua adalah bekas ahli black magic ampang dan jengka.nampak botol apa tu?bukan holy water tu.tu minyak petrol.

gambar semasa ritual tidak dapat di ambil kerana tiba tiba semua kamera tidak berfungsi.


_DSC2945

mereka dikatakan telah di heret dari kemah ketika tidur dan dibawa ke dalam kereta.angkara siapa dan punca tidak diketahui.

_DSC2799

beliau paling lewat bangun setelah meracau dengan hebatnya malam tadi.

_DSC3033

acara makan makan buatan sendiri.pastu kamera aku habis bateri.denggg..gambar diatas separuh aku punya separuh dari iqbal.pastu mandi dan petang itu balik semula ke lubuk.sankyu!




leg note : kolam no 3 takde gambar.aku naik tak bawak kamera.overall,tempat ni sesuai sangat untuk family gather,sebab anak sungai dia panjang dan boleh buat port mana mana je.siyes.entry bapak panjang,letih aku!

Friday, February 4, 2011

mari ramai ramai jaga tepi kain orang

sikit mahu cakap pasal dunia.entry lepas aku cuma link kan isu dari blog orang lain.sebab aku takde masa nak tulis.sekarang orang sibuk sibuk amek tau pasal revolusi di Mesir.banyak spekulasi baru yang timbul yang kadang kadang boleh buat orang luar keliru dan terus salah anggap.jadi aku mahu cerita sikit.walaupun tak banyak tapi at least berguna untuk tahu.untuk tahu saja lah.kot.haha.

rogol pelajar Malaysia.

aku mula mula tahu pasal ni pon rasa orang Mesir ni rubbish gila babi.dan rasa kesian kat orang kita yang ikhlas nak cari ilmu kat sana tup tup dapat habuan.ye lah,kau tau kan Mesir tu negara arab.aku tak nampak selain dari nak tambah pengetahuan tentang agama apa lagi yang kau nak kalau pegi sana.tak kira lah pengetahuan agama dari segi apa pun.tapi sebenarnya pasal rogol merogol ni sudah lama di mesir,cuma kalau buat report pun macam polis kita terima report dari orang myanmar lah,indonesia ke.laku ke?ntah,tapi benda ni dah lama.cuma isu ni nampak besar sebab background rusuhan ala ala perang dunia di mesir.bila isu ini timbul mungkin orang luar akan lebih ambik tahu.bagus juga sebenarnya.

priority untuk medical student.

ni lagi satu buat aku cukup marah.belum apa apa dah diskriminasi.tapi hakikatnya dari apa yang berlaku,sumber mengatakan bahawa benda ini tidak sebegitu.kebanyakan penempatan student medic dikatakan lebih senang untuk dibawa keluar dari tempat mereka.aku tak tau lah macam mana.tapi kebanyakan mereka lebih senang dipindahkan atau terbang terus keluar dari mesir berbanding orang lain yang berada di zon zon yang lebih jauh dan tidak selamat.jadi aku pikir,kalau aku jadi kepala misi penyelamat mungkin aku akan utamakan sesiapa yang lebih mudah dikeluarkan dahulu.cepat dan selamat.sebab tak payah banyak buat keje.untuk zon zon bahaya,pakai strategi lain lah.kena pikir lebih.aku rasa la.

rusuhan itu bahaya,tapi...

rakyat Tunisia memang hebat.habis kerajaan Ben Ali kena guling.lari ke Perancis tapi tak diterima.presiden perancis pon takut kena tempias.kemudian lari ke Jeddah dok bawah ketiak Raja Abdullah.deretan dari itu,mesir plak.tapi ni lagi dasat.motifnya?sume sebab tak puas hati dengan kerajaan pimpinan.rakyat tunisia memberontak sebab kerajaan bengap nak kekang kemiskinan,ketidakadilan dan kekangan demokrasi.Malaysia macam mana?haha.pikir sendiri.kalau boleh mintak jauh lah.sape nak tengok negara hancur lebur semata mata untuk penyelesaian yang mungkin amek masa berpuluh puluh tahun.biarlah kita guna cara yang lebih selamat.supaya matlamat kita sampai tapi negara tak hancur.tak puas hati gila babi dengan sistem yang ada sekarang pun tetap ade cara yang lebih efektif untuk ubah semua tu.baru nampak rakyat negara Malaysia kita ni ada otak dan berfikir.

cuma,kalau kita pilih alternatif lain sebagai medium nampak macam payah nak ubah sistem yang ada.contoh nya mengundi.aci berak tengah jalan lah,tak penah nya adil.tak penah.mesti ada main ilmu hitam ke mejik ke.mesti.so,kalau kau dah takde jalan lain.revolusi lah,kan?Wallahua'lam..

kalau orang dah tak nak kau,pandai pandai lah kau undur.macam orang bercinta jugak!





leg note : sober!

bila dia bukan lagi untuk aku

bila merindui seseorang.kau beruntung kalau kau masih bersamanya.selamat pagi kau berjawab.ucapan rindu kau berbalas.dan kau masih mampu mengukir senyum padanya,di saat kau bertemu segala.

bila kau terasa kesunyian.kau beruntung kalau kau masih dengannya.dia akan menghapus sunyi mu.menghalau sepimu.dan menemanmu sehingga kesunyian mulai takut untuk mendekati.

bila kau keresahan dan gelisah.kau beruntung kalau kau masih ada dirinya.dia akan menenangkan diri mu.mengucapkan kata hati yang mengusir jauh kekecelaruan dan kau akan tenang.

bila kau ketakutan.kau beruntung kerana mempunyai dirinya.kerana dia akan menjadi perisaimu dan kau akan kebal dari segala senjata dan bahana.

bila kau ada dia.kau sebenarnya sudah memiliki segala galanya....




dan aku cemburu denganmu!





leg note : oh Tuhan,aku terlalu rindukan dia.tolong pahat hati aku!

Tuesday, February 1, 2011

hasil kerja kita tak semestinya untuk kita.biarlah orang lain pon merasa.

dulu masa kecik kecik.bukan baby.kecik nak ke besar siket dah.suka sangat aku layan katun kesatria baja hitam.masa tu bukan aku sorang,boleh kata abih budak budak satu taman perumahan aku nak jadi superhero jepun tu.kira hebat ah.lagi hebat dari Gaban takpun Power Renjis.kalau tengah main bola tu aku takleh nak sumbat gol ke main tak kena style Ronaldo ke aku try lah buat cara Baja Hitam nak transform dari manusia ke robot semut tu.amek masa gak lah sebab nak kena feel.pastu dah buat kompem aku boleh score punya.paling tak pon aku sepak penalti boleh buat bentuk curve masuk gol.

semalaman diskusi aku antara seorang bapak dari indonesia,buat aku ingat balik benda tu.kira banyak lah cerita yang aku dengar.dari zaman kehebatan Sukarno,pemerintahan ulamak Gus Dur,Megawati sampai ke rahsia lelaki hebat dari Lombok yang berani bawak lari anak dara orang melayu.cuma satu yang menarik perhatian aku.

bapak bercerita tentang anak anak disana,yang mengagumi animasi Upin dan Ipin dari negara kita.kondisi yang sama berlaku masa aku kecik kecik dulu.ada je cite UpinIpin,berlarilah mereka ke rumah.waima orang tua sekalipun suka tengok.khusyuk nya mereka menonton.sama sama ketawa dengan kelucuan Upin dan Ipin.dan itu sudah pasti menjadi legasi diantara kenangan anak anak muda disana bila mereka dah tua nanti.



kamenriderblack


macam aku.dan kesatria baja hitam.





leg note : esok bizi,mungkin!

Saturday, January 29, 2011

satur day yang menjengkelkan ubun ubun kepala

today is the worst saturday.

boboi awal pagi da keluar.pegi research kampong orang asli di Pahang.

Palong dah balik Rombau.

iqbal dah balik Temerloh.

Amy dah pegi praktikal felda Sg. Tekam.

Pipi ngan napi tido je manjang.

ceman ke Melaka meracun kebun getah bapak dia.

Helmee blah gi umah akak dia kat Subang.

aku?

aku takleh nak tido lama lama.takleh takde orang.mula la rasa sunyi sepi.cis.oh,semalam aku ada mimpi.aku mimpi tercabut gigi.lupa dah berapa batang.terus aku gugel maksud mimpi aku tu.well,tak best.dan untuk peringatan,kalau mimpi kau tak best.terus ucap ''Astaghfirullahal 'Aziiiim'' dan ludah ke kiri 3 kali.jangan ludah sembur air liur la,tak pasal pasal kau kena buang bantal kau ke tong sampah.ludah tu bertujuan menghalau syaitan.dan kalau boleh solat sunat dua rakaat(ini aku tak buat).


leg note : esok follow geng ijat lagi.outing kat ladang lembu UPM.nanti aku upload sekeping dua.kalau jadi outing la.lusa ke Sendat Waterfall plak!

Thursday, January 27, 2011

sebelum benda itu terjadi apa kata

sebenarnya ade keje yang aku nak kena buat.tapi atas sebab sebab tertentu aku terpaksa abaikan.dan dan plak tangan aku gatal pegi baca blog orang.dan aku rasa nak tulis something(inggeris aku semakin power).sebelum terlambat lah.

bukan aku nak pegi mati.itu niat yang paling tak senonoh pada aku.tapi aku penah suruh orang lain pegi mati.tu pun sebab aku marah sangat.haha.aku terfikir bagaimana kalau lama lama nanti aku dah tak berminat nak tulis blog.atau satu masa nanti yang aku tak tau bila aku macam takde masa untuk benda benda macam ni.so?

obses ke aku?paranoid?atau aku buleh jadi kurus kering macam tidak makan nasik kerana merindui blog?berblog buleh menggemokkan aku?oh itu sangat gila.

aku tak jumpa ifek ifek khusus apa yang bakal terjadi kalau aku tinggal kan blog.kalau ikut lojik lah,cuma orang yang suka part part tertentu pada blog aku ni dah takde peluang nak baca entry seterusnya.itu saja.dan akan berhenti baca dan terus melupai.sebab beribu lagi blogggers yang boleh di ikut,asal suka baca lah.




leg note : =)