Tuesday, November 16, 2010

keluhan hati gua yang gua kumpul 3 hari

gua jarang on secara langsung waktu maghrib.tapi hari ni mahgrib gua pendek je.surah pendek dan doa yang pendek.selalu gua bertahmid bertasbih segala sampai ke isyak.gua rindu umi gua,bapak gua dan adik beradik gua.malam nanti gua cadang nak kol umi gua.gua nak ucap selamat hari raya korban dengan penuh syahdu dan tangisan esak esak palsu seperti gua selalu buat tiap tiap tahun.sekarang pon gua dah amek feeling slow slow.

dua hari ni gua keje kat kastam kelana jaya.suka hati gua je nak keje dua hari.gua pasang pc baru ganti terus pc lama yang orang kastam pakai selama 10 tahun lebih.tak sangka gua dalam zaman millenium macam ni pon ada lagi yang pakai window 98/ME dengan cpu cap kepala kerbau yang super slow dan tak canggih serta pakai disket.macam mana la depa buat keje dengan serba daif macam tu.nasib baik gua ada.gua lah yang memperkenal kan apa itu pendrive dan window 7 pro kepada mereka.bertepuk tangan dan menangis kegembiraan mereka bila gua sentuh pasal isu antivirus dan cara nak save data dalam external hard disk.belum lagi gua masuk bab godam pc atau download porno.ah,tanak ah gua sebarkan dosa macam tu.

walaupun banyak masalah seperti halangan uncle uncle kastam yang risau data dalam pc nya hilang akibat tukar skrin baru gua setel secara berbincang di bilik mesyuarat.gua explain kepada mereka bahawa dengan menukar skrin pc walaupun skrin itu berbentuk bulat atau tiga segi sekalipun data data tidak akan hilang wahai pakcik.ia kekal dalam cpu pakcik hingga akhir zaman.kecuali pakcik menerajang cpu itu akibat tekanan emosi kerana datang kerja pukul 8 hingga 5 hari hari cuma bersiar siar di sekitar jabatan dan meraikan kepulangan pasangan suami isteri baru berkahwin masuk keje balik.gua pon dah apply keje situ dengan SPA.harap harap pakcik pakcik cam muka gua dan terus amek gua keje bersama sama untuk berhibur dan bersukaria hari hari.gua dah letih dengan mainan dunia bisnes.

segala penat lelah gua beramal di siang hari gua terjemahkan dalam bentuk tidur yang lena sepanjang malam selama 12 jam berturut turut.itu bermakna gua dah tapau solat asar maghrib dan isyak sekaligus dalam kategori terlepas pandang atau tak sengaja.gua dah berdosa.tapi hari ni gua dah insaf dan tidak buat lagi.

semakin hari gua rasa semakin bersemangat menghadapi hidup.ini kerana gua ada dengar dengar upah dua hari kerja gua bakal di bayar secepat mungkin.tak sabar gua nak hidup untuk hari hari seterusnya.job gua pon makin banyak sekarang ni.alhamdulillah.syukur gua kepada Tuhan yang memberi rezki.



leg note : gua perasan 2 3 entry sebelum tiada leg note.yang ni gua letak!


Monday, November 15, 2010

ini entry bosan-bibit hujan yang dulu

dulu bila hujan.perasaan itulah yang datang.menjerut setiap nadiku hingga lemah longlai.saat harummu menusuk bersatu dengan nafasku,saat kau memaling dan ingin ku cium pipi mu.kau geleng tanda tidak mahu.sweet!

dulu bila hujan,kau selingkuh tanganku di bahu mu.menggigil kesejukan dan kebasahan luar dan dalam.saat itu aku peluk tubuhmu.menghalau kesejukan dari terus bersarang.menjauh kegigilan yang kau tunjukkan.saat itu aku girang.sweet!

dulu bila hujan,kau payungi aku dari airnya.melangkah bersama melarikan diri,agar tidak terkurung dalam kitaran semburan awan tanpa henti.saat itu kita bahagia.bahagia kerana kita berdua merasai saat itu adalah bahagia.sweet!

sekarang bila hujan,aku sengaja meredah ke dalamnya.kerana aku masih percayakan kebahagiaan.biarpun aku tau aku akan kebasahan.kerana kau sentiasa ada dalam kebahagiaan.bukan dalam hujan.

sekarang bila hujan.aku memeluk sendirian bila kesejukan.dan bertemu angin kencang.kerana kepanasan akan menghalang ingatanku untuk terus menggigil bersamamu.

sekarang bila hujan.kebahagiaan itu jarang datang.jarang kerana kau menghilang.menggigil dan kesejukan bersama orang lain.dan aku masih ingin mencari kebahagiaan.walaupun dari kesejukan yang keseorangan.

Sunday, November 14, 2010

period

raya haji ni mungkin tidak balik.aku sedang berkira kira mahu beraya di masjid besi di putrajaya sahaja.sekarang mau balik ke kampung macam lebih baik naik kereta agaknya.sekali tambang pergi balik macam bayar ansuran kereta bulan bulan.sungguh malaun.

syazel mungkin masuk penjara minggu depan(ini bukan doa).sebab dia sudah terima surat merah dari yayasan perak.hutang masa diploma yang belum dijelaskan sampai sekarang.aku dah kata banyak kali takde pape.takde pape.salah dorang juga tak bagi warning later awal awal.dia nak jugak risau.hahahaha.

semalam keluar dengan budak budak sekolah menengah aku dulu.pegi alamanda.sume dah kawen.cuma tinggal aku sorang.bila cerita pasal anak masing masing,dia punya tacing nak terkeluar air mata aku.bodoh sial.lembik macam bapok.aku je diam tak terkutik.kejap aku usha awek lalu lalang.kejap aku menguap,kejap aku buat buat taip mesej.aku nak cite pasal apa pon aku taktau.pasal aku main kejar kejar ngan anjing semata mata nak pancing ikan besar kat kolam upm?bodoh gila klu aku citer mende tu.tapi yang bagusnya masa nak balik sume doakan aku dapat bini yang best.tu pun sebab masa lawan bowling pastu sume kena tapau.haha.gua terer!

aku rasa aku dah lain sekarang.sudah jadi tidak berapa peduli.apa maksud aku cakap macam ni pun aku tak tahu!

Saturday, November 13, 2010

tips menaip tanpa ada salah eja

semua orang sedang tekun pegi exam.aku pun kena buat buat kelam kabut macam orang nak exam jugak lah.kalau tidak nanti orang tau aku tak belajar.

oh ye,jika anda seorang yang pantas menaip keyboard anda yakni mungkin 180 km sesaat macam aku.elakkan menaip nama farah dengan membabi buta.kerana ejaan faraH dengan faraJ hurufnya cuma sebelah sebelah saja.mana tau kot kot anda tersilap!




leg note : tips ini free.hasil daya fikir dari member aku!

Thursday, November 11, 2010

penantian cinta yang solid

‘’ptuihh...’’ludah aku sambil tangan mengelap peluh menitik.’’khakkk..ptuih..’’aku ludah lagi.kali ni air liur dengan lebih pekat berisi hingus.aku pandang kasut.ade sikit kena tempias kesan ludah tadi.biarkan.sekarang bukan masa nak pikir pasal air liur atau kasut.

Bahang matahari bagai membuatkan sifat binatang dalam jiwa aku semakin ganas.kucing melintas tadi pun aku rasa nak koyak koyak kan badan haiwan tu jadi dua.dari tadi aku tunggu masih tak muncul muncul.bau pefume pasar malam yang aku pakai pun dah tak berapa nak harum.sedikit tengik di ketiak dan bahagian punggung.kerana disitu berbungkus dengan bulu roma yang lebat dan tidak di shave.panas nya lain macam.

‘’babi..’’spontan ayat keramat keluar dari mulut aku.manusia makin ramai.kebanyakannya gadis gadis hot dan funky.matahari semakin terik.fail kertas yang aku pegang mulai basah.itu tanda tanda awal emosi aku dah terganggu dan sifat romantik aku bakal jatuh ke paras kosong.peluh di dahi aku sapu ke kepala,biar bersebati dengan minyak rambut aku yang kering.itu saja caranya demi mendapatkan rambut yang terpacak dan mirip christiano ronaldo.

Tekak mulai haus.meronta ronta meminta diisi.bekas air awek cina di depan aku tenung dengan wajah yang bengis.alangkah indahnya jika ia berada di tangan aku sekarang.tidak kisah lah jika ia berunsur babi sekalipun.tekanan fasa kedua pula terjadi,asid dalam perut sudah bertindak.mengeluarkan bunyian tidak enak,seakan akan kentut yang ditahan dengan mengemut dubur dan terkeluar secara perlahan.bagai angin lalu.

Tekanan begini lah yang buat aku seperti ingin dirasuk.tapi bukan di depan gadis gadis seramai ini.Cuma satu cara saja,dengan sedikit senyap dan sopan aku mengeluarkan sesuatu dari poket.dan berundur 3 langkah ke belakang.kebiasaan yang aku pelajari dari ilmu silat harimau sesat.berundur dahulu sebelum bertindak.dan jariku mulai beraksi.

‘’mi,ambik aku depan fakulti jap.aku tunggu bas lama nak mampos.da la orang ramai ni..’’

Amy ‘’k,10 minit..’’

Leg note : ini berlaku setahun yang lalu.dan aku cuba sampaikan seperti menulis novel.thrill kan?

Friday, November 5, 2010

yang hot tu aku je

aku ada seorang member.keje nya pegawai hutan nun belah utara.suka jadi broker mercun masa bulan puasa.pakar mengurat gadis dengan bermodalkan air liur semata.macam aku jugak.suka bagi nasihat tak membina dengan susunan ayat yang tak lojik dek akal manusia waras pada aku.

aritu dia mesej aku.soh gugel nama dia kat tenet.nak up la konon.bila aku gugel betul betul ada nama dia.pastu dia soh aku taip nama aku sendiri.haram takde.dan kena gelak free.celaka.suka betul dia buat aku jeles.walaupun secara lahiriah dan harfiahnya aku lebih hensem dan gojes dari dia.dah kejenya pegawai kerajaan.memang la ada link sendiri.2 ke 3 bulan gak la aku hangin ngan dia.






selang berapa lama lepas tu............................






semalam dia antar kad nikah.suruh aku balik awal awal tolong rebahkan lembu untuk kenduri dia.keje macam tu memang dia kena cari aku.sebab dulu aku penah tumbuk seekor lembu mengamok,mati lembu tu kena langgar lori.dan aku teringat pasal gugel nama tu.aku terus taip nama aku kat gugel.hahahaha.ada...ada....





leg note :
''Senarai Pemenang Tiket Bas Jom Balik Raya di Suria FM''huh!baru dia tau aku lagi femes dan dari dia.walaupun aku belum bertitle pegawai!

Monday, November 1, 2010

31 oktoberakbesepah

sekarang sudah musim exam.sume orang dah jadi rajin.selalu pegi library dengan awek.selalu kuar makan tak sampai setengah jam dah balik.jarang dah turun main bola ke ragbi petang petang.sekali sekala pegi berenang.itu orang punya style lah.aku macam biasa lepak di bilik sahaja.tengah gagahkan kederat nak abiskan siri how i met ur mother season 4.aku bukan ulat buku,dan aku seorang yang suka jadi malas.hahahabisla aku!

sakit badan tak abis lagi.tak sia sia penyokong hebat macam aku masuk stadium bukit jalil.semua orang tengok.fans paling stylo dengan rambut spike kaler merah putih.muka penuh cat baru beli dan bendera negara jepun buat sendiri.bukan aku,orang depan aku.haha.tapi aku salute dia,tanda aku bangga jadi rakyat kelantan yang suka anime jepun dan tau macam mana gaya kamen rider baja hitam nak transform.

gaji banci belum masuk lagi.hangin betul aku orang kerajaan buat keje.lembap.masa kena buat keje dulu semua nak cepat je,kena ikut dateline lah hapebende lah.borang claim 3 kali aku buat balik.konon konon tak kena format.bodoh apa nak buat 3 kali.dah la kotak kecik,nak kena tulis panjang panjang.dan untuk sebulan punya claim.memang bingai.huh!




leg note : duit takde kepala kusut memang senang naik angin.