Friday, August 10, 2012

bedil 20 das dan kain pelikat

Ramadhan 1995


gua dah siap siap nak turun terawih. gua sarung kain pelikat gua yang biasa gua pakai hari hari pegi masjid. dalam kain ada seluar pendek. dalam seluar pendek ada telor gua. dalam poket seluar ada mercun ketupat. gua cari selipar kuat gua. selipar kuat ni selipar yang kecik sikit dia punya size dari biasa yakni selipar adik gua. kalau pakai selipar besar nanti tengah lari dia senang putus. tak pun hilang.

dalam quarters tempat tinggal gua ada 1 stadium mini untuk orang main bola. biasa team kelantan zaman tuan kamree, hashim mustapa dan halim napi training kat situ je sebelum main kat stadium kota bharu. femes  jugak la padang bola tu. stadium mini tu jalan depan sikit dari surau, setentang dengan blok rumah eyi ngan husni.

dari rumah gua straight je masuk pintu pagar surau. gua lalu port sebelah pintu pompuan. ni saja je taktik bijak gua supaya nanti mak mak member gua dah nampak gua ada kat surau nanti dia punya report sampai la kat telinga mak gua. selipar kuat gua pegang sekali lepas tu gua terus ke belakang surau. terus masuk padang bola. padil,husni,eyi,jali,abang jali,ayem,zuhri,taha,tihi, ngan yus dah ada kat tiang gol. merancang strategi.

''wei ninja la wei'' arah yus yang paling tua tapi tak matang kepada gua. gua perati geng gua sume nampak bijik mata je.

gua bukak kain pelikat dan lilit muka gua ala ala ninja. masa ni rasa macam betul betul ninja. di pintu gol sebelah padang sana gua nampak balam balam bayang budak budak geng rumah atas tengah tunggu game start je. gua check poket gua. ada 5 biji ketupat. belakang seluar gua ada 2 batang bedil 20 das. malam malam kat padang bola ni memang gelap pekat tak nampak. kiri kanan ada tempat duduk bersimen, pokok pokok dan astaka. strategik gila babi tempat ni.cuma masa ni scene beromen tak femes lagi so memang padang takde orang langsung. zaman ni gua pun tak selera nak cium budak pompuan. naif.

malam malam sebelum gua dah kena sedas atas kepala. hangit jugak la rambut gua. celaka betul, macam mana gua boleh kena. tahu tahu dah ada depan mata, tak sempat gua nak nyala ketupat dia dah siap pasang das. gua syak ada la 7 ke 8 das gua kena masa gua pecut dengan selipar kuat. satu kena kat kepala. yang lain kena gua punya armor pelikat.

kalau tak pakai selipar kuat macam gua. alamat pagi besok lah lu kena datang cari. kalau dah mencicit lari pakai selipar biasa memang tanggal punya. bukan orang tembak pakai air ni brader. bedil das ni tak power pun letup dia, bunyi macam kentut kepit je. bunyi angin. tapi kalau dah tuju kat muka kat badan dia boleh melekat dan terbakar. sebab tu kain pelikat gua banyak lubang. jasa iblis das ni lah.

Monday, August 6, 2012

rentetan dari surat untuk Datuk


gua pun tak berapa nak kompem sangat iklan ni ada unsur Iluminati ke jenis propa zionis nak kencing budak budak mentah macam gua.tapi gua percaya dengan sepenuh hati dan jiwa raga.kalau terserempak dengan gua kat mana mana robbin ni mohon jangan tegur gua.

lepas makan eskrem kita pakat ngehack laman web kerajaan Myanmar nok?kepala bana sangat dah gua tengok brader brader kat sana dia punya pailang!!





Friday, August 3, 2012

surat khas untuk Datuk

tahniah buat datuk kerana kemenangan cukup bergaya ke atas Long Chen. walaupun penuh integriti dan maskulin kemenangan datuk tadi saya seperti melihat ada kecacatan pada perlawanan tadi. bukan lah saya mengatakan datuk cacat ataupun kecacatan pada bahu datuk yang sering berlaku pada game game yang lepas, namun kecacatan yang saya maksudkan adalah kesungguhan dan peluh jantan datuk yang terpias pada  skrin tv saya itu bukan untuk Long Chen tapi kepada Lin Dan sepatutnya.

bermain dengan Long Chen sepatutnya datuk seperti bermain dengan anak ayam sahaja.sama seperti saya bermain bola lembik dan menggelecek anak buah saya yang baru nak masuk 4 tahun sampai dia menangis kerana tidak dapat bola.dan mak dia memarahi saya kerana tiada belas kasihan walaupun terhadap seorang budak kecil.begitulah yang sepatutnya datuk bermain.begitu sepatutnya.

namun ape de hal lah datuk.what the heck orang putih kata.asalkan datuk menang maka pingat perak sudah dalam tangan datuk.dan saya doakan datuk akan menang di final nanti kerana dengan kemenangan itu maka seluruh rakyat Malaysia akan berterima kasih kepada datuk melebihi kasih kami kepada Najib dan isteri puaka nya.

semoga datuk menang kerana saya tidak pernah masuk Baskin Robbin semata mata untuk makan ais krim.pantang orang kata.dan pantang larang itu akan saya langgar hanya kerana datuk beroleh pingat emas. nak harapkan jaguh lain sama lah seperti saya mengharapkan jodoh saya datang dan meminang saya dengan cincin Habib Jewel dan bagi sedepuk bekal 10 ribu buat majlis.ape ke bangang lah saya ni datuk kan.

semoga sukses datuk.semoga.

Oh ye datuk, dah 2 kali Jumaat saya pegi masjid takde orang jamu pisang dan air free macam biasa.saya syak masjid ni dah lari dari tanggungjawab terhadap golongan musafir macam saya.



p/s : nama Long Chen disebut begitu kerana blog ini baca dari kiri ke kanan.