Saturday, December 31, 2011

ending tahun 2011

kalau gua ada salah silap sepanjang tahun 2011 ni gua nak mintak maap kepada semua blogger yang ada dalam malaysia sahaja dengan ucapan selamat masuk tahun 2012.

bulan 5 tahun depan gua akan menyambut hari lahir dengan ada duit gaji untuk gua belanja diri gua sendiri.gua dah plan nak beli hadiah apa untuk gua nanti.gua akan buat surprise sebelum hadiahkan diri gua hadiah itu dengan beberapa aksi kelakar dan gua akan marah tiba tiba kerana gua berani buat surprise tak bagitau diri gua sendiri dan kemudian gua akan ketawa dengan kuatnya dan berterima kasih kepada gua kerana surprise tadi sangat mengharukan gua.

gua harap gua yang tahun lepas lepas sama dengan gua tahun 2012 yang bakal tiba nanti,mana tahu tiba tiba gua menjadi seekor ayam hutan atau seekor jentik jentik.takut jugak gua kan.

''harapkan pagar,pagar makan padi'' pepatah melayu yang dipetik daripada seorang pakcik tua zaman dahulu kala yang lebih kurang otromen sahaja otaknya.'pagar' itu sebenarnya bukan pagar yang betul,malah ianya adalah 'pegar' iaitu seekor burung pemakan serangga.ejaan pagar dalam bahasa jawi diolah dalam tulisan rumi dan wujudlah pagar yang ternyata salah.manakan sebuah pagar boleh memakan padi sebenarnya-dipetik dari Dr. Burhanudin Helmi








Saturday, December 10, 2011

ghost of rider rider

bulan 9 2002 - melilau liar mata gua cari port.gua bukan tak tau port mana yang best.kalau tang tu jugak ade kapel yang tanya gua mana port baik nak beromen geli geli ke nak buat full verison ke satu satu gua buleh tunjukkan.tapi masa tu tengah malam.gua tengah pulas honda cup kaler merah darah ikan dengan lampu depannya nyala tak nyala je.nasib gua dah hapal benar jalan tasik tu.kepala bana punya motor.gua nak humban dalam tasik kang marah company gua nanti.


2,3 kali pusing gua teringat port yang ada kerusi batu panjang sebelah wetworld sekysen dua.terus gua tuju ke sana.dalam box belakang gua dah kosong.habis je gua deliver customer punya order kat seksyen 8 gua terus datang sini.gua dah setup apa yang patut.gua tau jap lagi 'hantu-hantu' lain akan join gua.


dah parking cantik tepi pokok bunga gua ambik barang yang gua rembat masa tengah sibuk sibuk packing order tadi.selalu benda tu je lah yang geng gua salu tibai.senang masuk beg dan susah nak kantoi dengan manager.gua capai henset.gua mesej awe,panjang dan rudi.ofismates part timer macam gua jugak.


''gua ada kat tasik.port sebelah wetworld.gua ada aiskrim 3 mangkuk''


5 minit kemudian 3 mesej gua berbalas.


awe sampai dulu dengan pizza besar panas panas lagi macam biasa.malam tu seperti malam malam yang sebelumnya dan akan datang gua,awe,panjang dan rudi hepi menjamah aiskrim dan pizza free dalam pekat malam.sambil tunggu jam 12 abis keje.










leg note : celaka,keje macam orang gila selalu buat gua ungkit benda lama yang hepi mepi.apa pasal?

Saturday, December 3, 2011

bos,gua nak mintak kerja!

sampai ke hari ni gua tak diinterview pon.gua datang lepak sini bos gua buat tak reti je.dia senyum je.bos gua tak mintak pon sijil gua ke kad pengenalan ke mungkin kot kot gua ni pendatang haram ke.tapi tak mungkin la gua ni pendatang haram kan.pendatang mana ade hensem macam gua.jadi tak lojik bagi gua untuk di cop bukan warganegara.

ni baru gua merasa kerja yang betul.dan gua betul betul dikerjakan.bukan gua disodomi oleh bos secara satu sama satu.bukan yang itu.24 jam gua adalah didalam ofis dan main tekan tekan keyboard sampai gua bosan.isap okok.tekan keyboard lagi sampai malam.lepas mandi dan solat maghrib gua tekan lagi sampai gua sedar sedar pagi esoknya gua dah terlentang bawah meja opis.team mate gua ada tanya gua.


''lu tertekan tak keje sini beb?''


''tertekan jugak kadang kadang,tapi gua kena betulkan balik sebab ikut rule dia kena tekan betul betul.takleh main ter ter je'' gua jawab.


''haha,sampah lu'' kata beliau dengan nad..nad..nad..naaada cintaaa yang menyebabkan gua terpaksa ambil rokok dan hisap sebatang lagi.


sampai masa ni gua boleh rilek lagi.tapi sebab gua bersyukur benar dapat keje sini pakai kabel member gua maka gua nekad akan rilek sampai bila bila.


lagipun gua kecut perut bila teringat pesanan mak gua masa nak naik bas datang kolompo.
''kalau duit simpanan lu tak cukup sejuta lu jangan pijak kaki kat rumah gua ni,ingat...SEJUTA!''


setakat ni gua menabung duit syiling dulu.duit kertas banyak nak kena pakai.dan gua harap mak gua main main cakap je masa tu ngan gua.








leg note : minggu depan gua kursus.kalau gua lulus dapat sijil kursus tu gua bleh jadi ceo kat BSKL!