Wednesday, June 23, 2010

sebentar di warung mamak

aku baru je habis tengok bola.argentina vs greece.sebab argentina menang 2-0 maka ulasan untuk permainan pagi tadi adalah sangat menarik.minit pertama perlawanan memang agak tertekan.shot yang banyak,peluang yang terhidang tidak dapat disebat oleh kaki ajaib messi.dia takde luck.aku pun jadi bosan tengok dari mula tak gol gol jugak.mula mula agak menyesal keluar naik motor ke warung mamak.lepas dapat 1 gol perasaan mula riang dan bibit bibit tekanan mulai reda.rasa nak baling kerusi ke muka mamak dah hilang.bravo argent.wa sayang lu.walaupun aku support Spain tapi argentina bakal jadi team spare part aku kalau lah ditakdirkan Spain kalah bila jumpa Brazil untuk second round game nanti.hoho.

ade brader brader yang duduk depan macam resah gila kalau greece menggelecek sampai pintu gol lawan.boleh nampakla kerusi terangkat sampai atas kepala kalau argentina kena attack.gila fanatik.nasib baik brader mamak pandai buat air order.kalau tak boleh kena bakar kedai diorang.

habis je game,brader brader tadi pegi satu sudut gelap ramai ramai sambil bagi bagi duit.celaka,menang betting rupanya.boleh tahan tebal team yang menang dapat.




p/s : kalau lah aku join,agak agak pagi esok da boleh angkat lens rm2000 punya.

Sunday, June 20, 2010

ayah Day

tersebut satu lagenda.pahlawan sarjen rashid.beliau berjuang demi banduan banduan di sebuah perkampungan di negara Kulahalla.rata rata banduan takut kan rotan semambu beliau yang sangat sakti.jika mana mana banduan dirasakan bersalah,rotan sakti beliau akan melayang dan membidas bontot bontot mereka.

sarjen rashid seorang yang garang.beliau juga seorang yang sedikit pendiam.beliau amat komited terhadap tugas nya meronda penjara.saban hari beliau akan menyelia banduan banduannya.kecik kepala mereka kalau kena jerkah dek sarjen rashid.aura sarjen rashid sahaja cukup membuatkan mereka histeria dan meracau tak tentu hala.

sekarang sarjen rashid cuma sekadar lagenda.nama beliau sudah tidak disebut sebut lagi di sebalik tembok penjara.malah beliau sudah semakin dilupakan oleh seluruh pelusuk rakyat penjara.beliau sudah bersara selamanya,dan kini tinggal di hujung kampong bersama ahli keluarga tercinta.sambil bermalas malas di atas kerusi empuknya.ditemanbi astro dari pagi hingga pagi esoknya.

setakat ini saja ucapan anakanda untuk ayahanda.semoga Allah melanjutkan umur ayahanda dan menjauhkan dari siksaan api neraka dan dari segala malapetaka.amin..

!SELAMAT HARI BAPA!



dari anakmu,
(pendekar puyu)

Wednesday, June 16, 2010

booshh

owh yeah.haha.jarang sekali aku bersemangat begini untuk buat entry.bosan gila main fesbuk.adala dekat 2 jam aku search search benda bangsat*bukan vid porn ye.aku sepak kau nanti.

aku baru ketemu 1 blog kawan aku secara sengaja.haha.sengaja tu sebab aku tengok tengok fesbuk dia pastu da dia expose link blog dia jadi aku masok baca la.da orang tunjuk kan.aku kan suka membaca(ini tahyul).
orang kata kadang kadang expressi hati ni lagi bagus kalau kita tunjuk dalam bentuk tulisan.ala,macam kita kecik kecik dulu.bercintan pakai surat.lukis bentuk hati.ade gambar orang lidi.supaya isi yang kita tulis tu terkesan pada orang yang baca.kan?ntah.ye kot.

aku suka baca blog orang yang aku kenal.tatau apesal.macam blog syazel ngan paez.haha.bodo gila tulis.selalu aku pikir nak tulis blog kena ada masa terluang.takpun orang yang takde keje langsung je boleh sent 10 entry sehari.tak semestinya.sebab idea tu datang tak tentu masa.so,kalau terlintas tulis terus.tengah tengah takde idea pon boleh buat jugak.mejik kan.

ok,siap entry hari ni.

lagi satu..

kalau spain menang malam ni.pagi esok aku breakfast kfc.



Wednesday, June 9, 2010

bas ekspres konvert jadi bas mini

aku sekarang di kampung halaman.setelah seminggu aku di kampung.menguruskan tahlil dan apa saja yang mampu untuk disedekahkan untuk arwah atuk aku.aku balik pon sebab itu lah.tiada sebab lain.

malam aku bertolak dengan bas dari kajang.rasa pelik gila aku naik bas.sebab dah lama tak pijak tangga bas agaknya.penumpang lain yang sejalan dengan aku pun aku rasa macam orang asing yang datang dari bulan dan mereka cuba mengembara ke malaysia dengan bas.ekpres.haha

apa yang aku rasa tak best ialah sikap pemandunya.buat aku meluat dan mendidih.dari kajang ke hentian putra takpe lagi kalau setakat jalan jem.bleh buat bodo la.ape barang dok bandar kuala lumpur kalau jalan jem pon nak merungut.bodoh.baik ko pegi pindah dok kuala besar kat kelantan.pagi pagi nak tengok kete lalu atas jalan bukan main susah.

ade dekat setengah jam bas kena beratur sebelum boleh masuk ke hentian putra.maklum opening cuti sekolah kan.ok lagi.amek penumpang lain plak setengah jam.ok lagi.baru 5 minit keluar hentian putra berenti lagi.ade mamat mana ntah sogok duit nak tumpang kot kot ade seat kosong yang lebih lebih.unta.ok lagi tu.

sampai greenwood.berenti lagi.naik lagi penumpang.ok lagi.ni memang aku dah biasa.yang brader rasuah tu ada lagi tak turun turun.seat tepi drebar le.bas jalan lagi.berenti lagi kat hentian rehat atas tol gombak.drebar beli rokok.brader rasuah lagi.bangang kan?

1 jam setengah perjalanan.berenti lagi.lain punya bas rosak kat tepi jalan.bukan jenama bas yang aku naik lah.aku punya brand Mahligai.first kelas.pung pang pung pang sekati dua dulu.aku paham la kalau nak tolong dan rasa boleh tolong.tapi dari mula sampai naik bas balik takde buat apa pun.borak je.padahal kat depan dah ada 2 ke 3 bijik bas yang sama brand dengan yang rosak tu dah berenti sama.yang ko sibuk sibuk nak menyundal dengan bas rosak tu apehal beb.alahai.jalan je la.

kesimpulannya,aku sampai wakaf che'yeh jam 5.30 pagi.serik jugak aku nak naik bas lagi tapi apakan daya.Mahligai memang best.bas mini track jarak jauh,





Thursday, June 3, 2010

setiap manusia pasti...Innalillahi wai'nna ilaihi raaji'uun..

semalam aku tido lebey kurang 2.30 pagi.memang lena tanpa sebarang syak wasangka.jam 3 pagi tepon aku bunyi,adik aku kol.atok aku dah takde,baru je meninggalkan dunia.aku tengah mamai,terdiam.aku tatau nak cakap apa.lepas letak tepon aku temenung.

memang arwah dah lama sakit.terlantar atas katil.bangun berdiri pun tak boleh.makan bersuap kencing
bertiub.aku cuba kenang sejarah aku dengan arwah.ye lah,cucu dengan atok takkan tak rapat kan?banyak sangat.

last aku sempat pegang tangan atok 2 minggu lepas masa aku balik kelantan.aku dokong arwah ke tandas.aku picit tangan arwah.aku kipas kipas kalau arwah kata panas.aku tukar tilam tempat arwah berehat.aku sembam kepala syami dan shahrul (anak anak mak ngah) yang nakal bagai kat tempat kencing arwah.dan arwah sendiri ketok kepala pelesit 2 orang tu tang tu jugak.padan muka kamu,haha!

arwah dan nenek suka belajar agama.sejak dari mereka muda lagi.dan aku banyak diperturunkan segala ilmu akhirat dari arwah sendiri.dan hanya aku dan Allah saja yang tau setakat mana bergunanya apa yang aku belajar dari arwah sehingga aku besar panjang begini.aku selalu diingatkan tentang kiamat dan seksa mati dalam kubur.

aku nak packing barang dah..nak gi beli tiket bas lagi..selamat!

kembali

dekat 2 bulan dah cuti.asalnya ingin kerja tapi banyak benda aku belum habis setel lagi.bukan sebab kerja yang terlalu banyak tapi mungkin sebab suka tangguh tangguh jadi sampai sekarang masih belum siap.hehe

seminggu sekali aku akan ulang alik dari temerloh-kl.kekadang nek moto.kekadang nek bas.sekali sekala tumpang sesapa yang sesaja nak jalan jalan ke sana.mean kazen kazen aku lah selalunya.sebab kat sana ada sepupu aku keje as a nurse kat klinik temerloh.dia ada sikit huru hara punya jenis manusia.jadi banyak benda boleh buat kalau aku lepak tempat dia.dan baru ketahuan adanya keturunan belah bapak aku di mentakab.
sangat ramai.jadi aku pegi pun dengan tujuan meramah mesra dengan sedara mara yang dulu sangat jauh dan tak kenal.

walaupun jarang sudah berblogging tapi masih ada saki baki rindu kat blog aku.heh.duduk kat sini je baru dapat line tenet.kalau sudah di temerloh tak sempat aku nak main benda alah ni.laptop je bawak ke hulu ke hilir tapi tak guna pun.alahai...

ngantuk sudaa..